01Apr

April Fool : Google Memperkenalkan Brain Search

Google

Kini Google bukan sahaja mampu mengindex kesemua halaman web di internet, malah Google juga sudah mampu mengindex otak anda sekali. Terkini, Google memperkenalkan Brain Search yang mana menggunakan teknologi CADIE untuk mengindex otak dan pemikiran anda, sekaligus membantu anda mengingati beberapa perkara penting.

Untuk menggunakannya, ianya amat mudah. Anda hanya perlu meletakkan telefon bimbit pada kepala anda untuk proses mengindex buat kali pertama. Seterusnya, sekiranya anda ingin melakukan carian dan sebagainya, anda hanya perlu meletakkan telefon bimbit yang sama dan letakkan pada kepala anda, seterusnya fikirkan perkara yang ingin anda cari.

Mungkin ramai fikirkan ianya tidak logik. Ya. Ianya memang tidak logik, kerana ianya merupakan salah satu lawak April Fool Google selain daripada pengenalan Chrome dalam bentuk 3D. Selain daripada ini, lagi satu lawak yang berkaitan dengannya adalah dimana dikatakan Google sedang membangunkan laptop berharga $100 yang mana mempunyai cip untuk membaca gelombang otak, sekaligus boleh mengindex otak dan pemikiran seseorang. Menarik bukan?


Picnik Kini Menjadi Milik Google
Google Masih Inginkan Laman Tawaran dan Diskaun
Jenama Blogger Dan Picasa Akan Ditamatkan Google
Semua Google Profiles Akan Ditetap Sebagai Umum Pada 31 Julai
Google Chrome Bakal Mengintegrasikan Web Intents Padanya

2 Komen

  1. beliamuda pada 02 Apr 2009

    apa kejadah la Google ni…

  2. j_hafiz pada 02 Apr 2009

    impressif!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader