Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sekiranya anda sudah lama menulis blog dan menggunakan servis kemaskini ping, seperti Technorati, Ping-O-Matic dan sebagainya, mungkin anda pernah terdengar akan Blo.gs milik Yahoo!. Mulai hari ini, Automattic mengambil alih Blo.gs daripada Yahoo! dan bakal memperkenalkan perkara baru padanya tidak lama lagi.
Automattic memang terkenal dengan aplikasi berasaskan blog yang digunakan ramai, iaitu WordPress, disamping penyediaan servis blog melalui WordPress.com dan beberapa servis berkaitan seperti Akismet, Intense Debate, Poll Daddy dan banyak lagi. Mungkin mereka kini sudah ada rancangan untuk membangunkan Blo.gs dan bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru melaluinya yang mana sama-sama membawa manfaat kepada komuniti penulis blog seluruh dunia.
Sebelum ini, Blo.gs dibangunkan oleh Jim Winstead yang mana kemudiannya dimiliki oleh Yahoo! pada bulan Jun 2005.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Haram aku baru nak suruh accountant evaluate site ni.
Ingat nak acquire hujung tahun.
wah ganas…
owh mmg. tak value sgt site tu.
Auttomattic tak beli pun dari Yahoo.
Yahoo pindah hak milik kepada Automattic.
x baca blog amanz, haram aku x kenal blo.gs .. hahaha.. thanks man!
smua skrg ni asyik beli membeli..isk isk yang kaya makin kaya la nampaknya..haram ke khai?? kena samak tuh hahahaha
takde la popular sangat blo.gs tuh …
dot gs untuk pe ha..