Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, pelayar web daripada Google yang sedang meningkat naik popularitinya, Google Chrome dikenali oleh kerana halaman tab baru yang mana memperlihatkan thumbnail laman-laman yang sering dilawati dalam suatu bentuk yang amat interaktif. Melalui kemaskini terkini, Google Chrome 2.0.174.0 membolehkan para pengguna membuang fungsi thumbnail pada halaman tab baru.
Sebelum ini, Google juga membawakan fungsi halaman tab baru yang sama seperti Chrome khas untuk pelayar web Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox melalui penggunaan Google Toolbar. Walaupun terdapat beberapa pengguna yang menggemari fungsi tersebut, terdapat juga yang kurang menggemari fungsi tersebut. Melalui panel pengurusan tab, anda boleh membuang pilihan untuk memperlihatkan thumbnail laman web yang sering dilawati pada halaman tab baru, sekaligus memberikan anda lebih kawalan kepada pelayar web anda.
Selain daripada itu, Chrome 2.0.174.0 juga memperkenalkan fungsi “Undo Close Tab” yang mana membolehkan anda membuka kembali tab yang telah ditutup oleh anda secara tidak sengaja dengan lebih mudah. Sebelum ini, sekiranya anda tertutup sesuatu tab itu, anda perlu klik pada halaman tab baru, dan seterusnya membuat pilihan halaman tab yang telah ditutup oleh anda dibawah pautan “Recently Closed Tab.”
Bersama-sama dengan Chrome 2.0.174.0 untuk pembangun, versi Google Chrome 2.0 Beta juga mendapat sedikit kemaskini pada minggu ini, yang mana membawakan pelayar web yang telah dicuba terlebih dahulu kepada para pengguna biasa.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Wah, ini sudah bagus.
Tq Aman.
just aku nak kongsi pengalaman penggunaan chrome nih…bru lagi pakai chrome..just stumble time carik2 browser selain yang sedia ada…so far so good..laju memang laju…lightweight dan fully embeded dengan web2 kat internet..selain dari firefox,aku rekomenkan chrome…base on IE setting…thumbnail laman2 web yang dilawati nie sebelum nih opera dah pakai interaktif system nie,tapi chrome memperhalusi lagi…so tak perlu lagi nak setkan url laman web favorite…tapi hati2 la,klu masuk laman web bukan2…thumbnail nya still ada..!!!!heheh
aku suka fungsi undo tu.
selalu sangat ter’close’ tab. huhu.
samela bro..
tapi aku guna firefox xde plak ter’close’, guna chrome je…badi kot..
windows 2000 kat opis aku still tak boleh install chrome yg full version! hampes tul aar.. kena pakai versi portable chrome yang versi 0.2 jer.. adeih..
recently closed tab dah ada kat firefox.
aku xdpt guna chrome lg sbb ada satu funtion tu belum ada kat chrome, hanya ada kat firefox..
K pengguna chormium project di linux. dan minggu ini mereka telah memasukkan crash handler kepada chromium.
setiap hari adalah menyeronokkan melihat perkembangan chromium.
chromium – chrome yang masih tidak di sahkan oleh google sebagi chrome rasmi. dan masih didalam proses pembinaan. tidak sesuai untuk pengguna akhir (end-user)
mmg makin mantap Chrome
sbb tu aku dah lama x gunakan IE dan FF …