22Apr

Firefox 3.0.9 Membawakan Kemaskini Kritikal

Perisian, Sumber Terbuka

Pihak Mozilla telah pun mengeluarkan versi terbaru pelayar web kegemaran ramai, iaitu Firefox 3.09, yang mana menyelesaikan beberapa masalah pepijat yang telah dikenal pasti, dan salah satunya dilabelkan sebagai berbahaya, dan kesemua pengguna diminta untuk mengemaskini pelayar web Firefox mereka kepada versi terbaru.

Masalah yang dikenal pasti sebagai kritikal ini bukan sahaja untuk pengguna Firefox 3.xx, tetapi juga untuk para pengguna Firefox 2.0.x. Oleh kerana tiada lagi sokongan yang diberikan kepada versi Firefox 2.0.x, Mozilla meminta para pengguna mengemaskini pelayar web mereka kepada Firefox 3 secepat mungkin.

Untuk mengemaskini pelayar web Firefox 3 anda, hanya klik pada menu Help dan seterusnya pilih Check For Updates, dan proses kemaskini akan dimulakan secara automatik.

Dalam beberapa hari akan datang juga, dijangkakan Firefox 3.5 Beta 4 menemui para pengguna. Mozilla sebelum ini menjenamakan semula Firefox daripada Firefox 3.1 kepada Firefox 3.5, yang mana memperlihatkan versi akhir Firefox 3.5 bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru kepada para pengguna.


Firefox 4.0 Bakal Di Lepaskan Hujung Tahun Hadapan
Opera Melepaskan Opera 11 RC1
Pembangunan Firefox 7 Dimulakan
Google Chrome 14 Beta Membawakan Sokongan Aplikasi C++
Aplikasi Nokia Maps Untuk Windows Phone Mula Kelihatan

7 Komen

  1. paan pada 22 Apr 2009

    wah,menarik..thanks for info..

  2. N81blogger pada 23 Apr 2009

    Tengah update nie. Slow gile. Apakah disebabkan screamyx.

  3. Faiz pada 23 Apr 2009

    aku sentiasa update firefox aku…
    mozilla the best ~

  4. Anarm pada 23 Apr 2009

    aku dah update firefox aku..
    firefox terbaik.. browser lain
    kurang berjaya memikat hati aku..
    8 thumbs up for Firefox!

  5. haritz pada 23 Apr 2009

    roger and updated, tq

  6. Maya pada 24 Apr 2009

    Nak update macam mana… streamyx aku selalu putus2 n down.

  7. Dekan pada 24 Apr 2009

    Mantaplah. Laju benar anda.


Tinggalkan Komen Anda