28Apr

Firefox 3.5 Membawakan Fungsi Restore Tetingkap

Sekuriti, Sumber Terbuka

Firefox 3.5 Beta 4 yang dinanti-nantikan membawakan fungsi baru, yang mana membolehkan anda restore semula tetingkap-tetingkap yang anda tertutup. Sebelum ini, Mozilla sudah pun membawa fungsi untuk restore tab, tetapi, kini ianya diperkembangkan dengan membolehkan anda restore tetingkap Firefox anda sekiranya anda tertutup secara tidak sengaja.

Firefox - Restore Tetingkap
Fungsi Restore Tetingkap Pada Firefox [via]

Buat masa ini, anda boleh restore semula sehingga 3 tetingkap sekiranya anda tertutup sebarang tetingkap Firefox tanpa sengaja. Walaubagaimanapun, angka ini boleh diubah dari panel about:config, dan tentukan sendiri jumlah tetingkap yang anda ingin boleh dibuka semula dan disimpan dalam memori Firefox anda.

Ianya mungkin amat berguna sekiranya komputer anda sering menghadapi masalah, ataupun anda sering tertutup tetingkap pelaya web Firefox anda secara tidak sengaja. Untuk mencubanya, anda boleh mendapatkan versi pembangunan Firefox 3.5 yang terkini dan mencubanya sendiri pada komputer anda.


Telefon Bimbit Android Bakal Menemui Pengguna Oktober Ini
WordPress 2.8 Bakal DiLepaskan Pada 10 Jun
MeeGo Dimatikan - Berevolusi Kepada Tizen Dibawah Sokongan Intel Dan Samsung
Google Melalui Chromium Turut Mula Menghalang Sijil Yang Dikeluarkan Digicert Malaysia
Audacity Bakal Mencapai Angka 2.0 - Versi RC Kini Sedia Untuk Diuji

5 Komen

  1. menteil pada 28 Apr 2009

    hehe.. aku baru je update…
    tak tau pulak ada fungsi nie.. hehe..

    thanks…

  2. ifa pada 29 Apr 2009

    Semakin bagus team mozila ni.Nak gak kenal programmer2 diorg ni.Aktif sokmo.Majukan Sumber Terbuka utk negara.

  3. Eriyza pada 29 Apr 2009

    Caiyolah.
    Team FF mmg berapi sokmo. :D

  4. amme pada 29 Apr 2009

    actually, tab restoration nih da lame ade dah… kene gune Ctrl+Shift+T … kene pakai shortcut, tapi die cube nak mudahkan lagi keje ngan letak function tuh… good blog, keep up with good info., goodluck.

  5. alone pada 29 Apr 2009

    hoho. bagus2. selalu je aku tutup window secara xsedar T_T


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader