19Apr

GMail Kini Mencadangkan Penerima Emel

Google

Google telah memperkenalkan fungsi baru pada GMail Labs yang mana mungkin tiada gunanya bagi semua pengguna, tetapi masih interaktif, dan memperlihatkan sejauh mana Google membangunkan teknologi emelnya. Melalui fungsi baru ini, GMail akan mencadangkan penerima-penerima berkaitan setiap kali anda ingin menghantar emel kepada sesiapa.

Cadangan Penerima Emel
Fungsi Cadangan Penerima Pada GMail [via]

Walaubagaimanapun, fungsi cadangan ini hanya akan mula berfungsi, setelah anda masukkan lebih daripada dua nama penerima emel, dan sering menghantar emel kepada sesuatu kumpulan yang sama. Sekiranya anda tidak pernah menghantar emel yang berkaitan kepada penerima yang sama, fungsi ini tidak akan mencadangkan sebarang nama penerima yang lain. Sebagai contoh, sekiranya anda menghantar emel kepada lima orang yang sama, pada kali berikutnya anda ingin menghantar emel, ianya akan mencadangkan nama lima orang yang berkaitan, dan nama-nama orang lain yang tersenarai pada senarai emel anda tidak akan dicadangkan.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu klik pada tab Settings, dan aktifkannya melalui pilihan GMail Labs.


Live Hotmail Kini Menyokong POP3 Secara Rasmi
Chromium Mencapai Angka Versi 11
Google Memaparkan Amaran Tsunami Pada Halaman Utama
Chrome 15 Beta Membawakan Halaman Tab Serba Baru
Google Kini Membolehkan Hasil Carian Diterjemah Ke Bahasa Malaysia Dengan Mudah Dan Pantas

4 Komen

  1. paan pada 20 Apr 2009

    terasa macam selalu guna jer fungsi nie.bila nak hantar email,taip satu huruf,nanti dia kuarkan list email yg ada…

  2. Faiz pada 20 Apr 2009

    erk , best gak kalo lupa nama sape2.spam besh gak.ha3.

  3. Eriyza pada 20 Apr 2009

    Sy kurang guna fungsi sedemikian. :)

  4. blowie pada 20 Apr 2009

    sekali silap send email,abiss…hahaha


Tinggalkan Komen Anda