Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Michael Arrington melaporkan yang mana terdapat ura-ura dan beberapa sumber yang mengatakan Google dalam perbincangan untuk memiliki laman mikro-blogging yang disukai ramai – Twitter. Sebelum ini, Facebook pernah menawarkan diri untuk memiliki Twitter, namun ianya ditolak oleh Twitter.
Sekiranya pemilikkan ini terjadi, Google bakal membayar dalam bentuk saham awam dan juga wang tunai kepada para pemiliknya. Menariknya, sekiranya penjualan ini terjadi, ianya bakal menjadikan jualan kedua aset milik Evan Williams dan Biz Stone. Sebelum ini, mereka telah menjual platform blog kesukaan ramai, Blogger kepada Google.
Sekiranya perkara ini terjadi, perkara utama yang bakal kita lihat ialah, Google bakal mengintegrasikan kebolehan untuk membuat carian masa nyata pada laman mereka. Selain itu, Google yang sememangnya mempunyai pelbagai idea, mungkin boleh menyumbangkannya kepada Twitter, supaya mereka menemui cara membuat duit yang efektif melalui laman mereka.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Google beli twitter yg aku x nak ni… penuh ngan adsense je karang… lagi parah dia auto hantar ad kat twitter kawan2 kita….. damn!
haha..sekarang pun dah banyak dah menda camtue, cam Be-A-Magpie ngan lelain sumer tue. Asyik spam jer. Hoho.
lagi mantapla twitter kalau dapat integrate dgn google pasni!
Alaaa… Xtau gembira ker x….
Kolaborasi Twitter dan Google mungkin akan
menambahbaikkan fungsi yg sedia ada.
wah…bestnye kalau aku pemilik twitter…kaye2..haha
kalau twitter jadi hak milik google, nanti twitter seakan jadi kewajipan la utk smua blogger kan?
Pakcik Kayooo….