15Apr

Google Profiles Memperkenalkan Pautan Peribadi

Google

Setelah memperkenalkan Google Profiles tidak lama dahulu, kini Google berhasrat menjadikannya sebagai laman yang lebih sosial, dengan menjadikannya sebagai suatu laman profail yang digunakan ramai. Sebagai langkah permulaan, kini anda boleh mendapatkan halaman profail Google anda dengan bentuk pautan yang menarik, sama seperti yang di gunapakai di YouTube, Picasa dan sebagainya.

Kini, anda boleh memilih untuk menetapkan pilihan bentuk pautan anda, sama ada dalam bentuk angka, ataupun menggunakan nama pengguna GMail anda. Penggunaan URL diperkenalkan sama seperti yang digunakan pada laman-laman sosial yang lain seperti di Friendster dan MySpace.

Google Profiles
Tetapan Pautan Pada Google Profiles

Untuk mula mengaktifkan penggunaan URL peribadi anda, anda boleh ke halaman Google Profiles. Buat masa ini, kebanyakkan laman-laman sosial terkemuka menggunakan URL bentuk peribadi seperti yang diperkenalkan oleh Google ini, tetapi hanya Facebook sahaja masih tidak lagi memperkenalkan fungsi seperti ini lagi.


Google Menarik Diri Daripada Perjanjian Yahoo!
Versi Stabil Chrome Untuk Linux dan Mac Di Lepaskan
Blogger Memperkenalkan Sistem Komen Baharu
Doodle Google Khas Untuk Merdeka Raya Diperlihatkan
Google Memulakan Protes Ke Atas SOPA Dan PIPA Melalui Laman Carian Utama

3 Komen

  1. Marzuki pada 16 Apr 2009

    sangat bagus sekali infomasi ini, terima kasih.

  2. awqi_zar pada 18 Apr 2009

    OoH..berhati2 dengan fungsi ini kerana fungsi ini dijangka menjadi sasaran para spammer utk mendapatkan alamat email anda..

  3. paan pada 22 Apr 2009

    aku nak try gak la…nak mempopularkan diri.hehehe


Tinggalkan Komen Anda