Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan mengenai perbincangan IBM untuk memiliki Sun Microsystem. Sedihnya, hari ini New York Times melaporan bahawa IBM telah menarik tawaran mereka untuk memiliki Sun Microsystem, sekaligus menamatkan spekulasi IBM memiliki Sun Microsystem, sekaligus membuka ruangan untuk pihak lain seperti Hewlett-Packard dan CISCO untuk berbincang dengan Sun Microsystem.
Menurut New York Times, mereka mendapat maklumat berkenaan penarikan diri oleh IBM daripada tiga orang yang berkait rapat dengan perbincangan. Sebelum ini, IBM melalui 100 orang peguamnya telah meneliti berkenaan pembelian Sun Microsystem, dan telah mengurangkan bidaan mereka daripada USD 9.55 sesaham, kepada USD 9.40 sesaham. Salah satu sebab mengapa IBM menarik diri dikatakan kerana IBM mendapati bayaran kepada orang atasan Sun Microsystem adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Hehe..aku kurang mengambil tahu pasal IBM nih..no komen
erm.. aper eh nak komen? hehe
IBM memang dah terkenal dari dulu memang musuh SUN n di tambah pulak IBM ni agak sikit kedekut.