Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti yang dikatakan sebelum ini, Microsoft sudah bersedia untuk mengedarkan Internet Explorer 8 melalui kemaskini automatik untuk Windows. Sesiapa yang menggunakan IE8 Pre-Release sudah pun dapat melihat IE8 versi penuh pada kemaskini Windows, dan para pengguna yang menggunakan IE6 dan IE7 bakal melihat pilihan kemaskini automatik kepada IE8 pada penghujung bulan ini.

Internet Explorer Melalui Kemaskini Automatik [via]
Melalui kemaskini automatik, para pengguna bakal melihat tiga pilihan, iaitu Ask Later (Tanya Kelak), Install (Pasang), dan Don’t Install (Jangan Pasang), memberikan kuasa penuh kepada para pengguna. Anda masih boleh mengelak daripada memasangnya secara automatik, dan memilih untuk memasang secara manual dengan memuat-turun daripada Microsoft Download center, atau mengakses sebagai kemaskini pilihan melalui Windows Update.
Sebelum ini, Internet Explorer menghadapi penurunan penggunaan, sekaligus memberikan peluang untuk Mozilla dan Google memperluaskan penggunaan pelayar web mereka.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
salam,
aku dah jarang2 pakai IE ni. IE ni nk buang tak leh, nak kena ada jugak. Sbab klu nk isi borang online, hanya IE sahaja.
Apa pun Firefox n Chrome still the best
hehe.. sama macam lancapo…
cuma chrome belum berjaya menawan hati aku secara keseluruhan..
masih menanti…
hohoho.. aku still ngan opera.. bagi aku, ie8 masih tak dapat menawan opera, firefox, apetah lagi chrome yang ringan tu.. huhuhuhu..
kalau software pirate jgn nak mengatal ler huhu
tp skrg ni mcm².. windows pirate pon bleh apdet.. x gitu?
dlu Microsoft xnk upgrade sangat browser sebab hampir disaman kes monopoly browser. diorg blh wt jauh lg power. tp terpaksa perlahankan perkembangan IE
bole x window vista ciplak update internet explorer 8?
xde apa2 ke?
Huhu. AKu tak pernah try lagi. Aku guna Windows 7 Beta, dan update memang takde sebarang masalah. =)
nape aku xleh install? owh. aku tak gune windows rupenye. lalala.
p.s: comment berbau racist. haha.