-
Kelantan Ke Arah Negeri WiFi Menjelang 2011
Kelantan bakal menjadi negeri yang menggunakan WiFi sepenuhnya apabila kerajaan negeri bercadang untuk mengimplementasikan perkhidmatan jalur lebar internet dalam jangka masa dua tahun akan datang. Untuk menjayakan projek ini, dua agensi kerajaan Kelantan, iaitu Permodalan Kelantan Berhad dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan bakal bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta.
Buat masa ini, lebih tiga puluh lapan lokasi telah dikenal pasti di beberapa kawasan bandar utama, terutama Kota Bharu. Buat masa ini, kerajaan tempatan telah menyediakan lebbih kurang RM450 000 untuk bidang ICT dan RM70 000 untuk program ICT di pendalaman.
Ianya dijangka, kebanyakkan kawasan bandar utama di Kelantan bakal mendapat sambungan internet 24-jam dalam jangka masa dua tahun lagi. Selain itu, kerajaan tempatan juga dalam perancangan untuk membangunkan pusat latihan multimedia melalui Darul Digital untuk membangunkan masyarakat celik IT di Kelantan.
14 Komen
kalau ia betul2 menjadi kenyataan, bangga la Anak2 Kelantan sekalian…
Aku tahu kompeni swasta mana yang terlibat =D, dan cara integrasi wifi ke semua lokasi juga agak unik.
Wah, hebat tuh.
yup..sebenarnya telah dimulakan…Aptus Net tak silap aku company swasta tuh…company sama sponsor blog tok guru…
malam nanti balek kelantan, nak kena usha2 tempat yang dah ade wifi kat area2 KB, err..selain kopitiam sebelah rumah.
idup tok guru!!! hehehe…
pasni kalo gi kelantan senang la nak cari tenet.. hehe
Maka akan gulung tikarlah beberapa cyber cafe di sana…
tak juga cyber cafe gulung tikar
ada gamer lebih suka pergi cyber cafe
membangun bersama islam.
Adakah perkhidmatan ini akan diberikan secara percuma?
wow tak sabar nak tgk camne hasilnya.huhu
yahoo…
WiMAX P1 pun akan lancar xlama lagi kat Kota Bharu.nampaknya bertambah maju lah negeri tok guru.Sokong2 !!