07Apr

Konsep Nano-Blogging Melalui Flutter

Web 2.0

Mungkin ramai yang sudah ketahui berkenaan dengan ura-ura Google ingin membeli Twitter. Menariknya, Slate telah menyediakan sebuah video khas berkenaan dengan sebuah servis fantasi yang diberikan nama Flutter sebagai pesaing Twitter. Flutter ini juga dipanggil sebagai servis nano-blogging, berbeza dengan Twiiter yang dipanggil mikro-blogging.

flutter_condense

Sekiranya dalam Twitter, pengguna dapat mengemaskini status mereka dalam 140 huruf, melalui Flutter, mereka hanya mendapat ruangan sebanyak 26 huruf, sekaligus menjadikan setiap kemaskini lebih bermakna dan ringkas.

Cermin Mata @Flutter

Selain itu, beberapa gajet yang diperlihatkan juga agak menarik dan mencuit hati, contohnya seperti penggunaan cermin mata untuk mengetahui kemaskini Flutter rakan-rakan yang lain.

Jadi, apakah pendapat anda berkenaan konsep servis nano-blogging ini?

Kredit : Ahmad Amir


Jaiku Kini Di Server Google
Plugin FeedGeorge Dilancarkan Untuk Pengguna WordPress
Twitter Memudahkan Para Pemilik Web Mengukur Trafik Dari Twitter Melalui Twitter Web Analytics
Pengundian Anugerah NEF-Awani 2011 Akan Ditutup Hari Ini
Aplikasi Rasmi MalaysiaKini Untuk Windows Phone Dilancarkan

12 Komen

  1. melayubuntu pada 07 Apr 2009

    dunia mungkin perlukan giga-blogging! atau tera-blogging…wakakak..

  2. Khai pada 07 Apr 2009

    ni memain je kan? ke mmg ada?

    • aMaNz pada 07 Apr 2009

      yup, memain jer…kan aku dah tulis FANTASI kat atas tue…hehe

  3. Prince of Andalus pada 07 Apr 2009

    tp flutter.com dah diregister dan didirectkan ke http://www.betfair.com
    http://www.who.is/whois/flutter.com/

    that flutter founder has to think new name for this great thing

  4. Junaidix pada 07 Apr 2009

    26 huruf? impresif!

    test power sat:
    “impsf t! glr pdk! “

  5. haritz pada 07 Apr 2009

    jadi ker google ambik alih

  6. adam pada 07 Apr 2009

    haha. kalah dah micro sangat takut nanti orang tak paham lak ye junaidix :)

  7. adam pada 07 Apr 2009

    haha. kalau dah micro sangat takut nanti orang tak paham lak ye junaidix :)

  8. Kill-Vearn pada 07 Apr 2009

    hurm.. mcm tak cukup aje nak tulis 26 hurup…

  9. hydir pada 07 Apr 2009

    semua ke short form
    nanti tinyurl dah tak bleh pakai ..

    kena pakai micro url … http://uu22/

    hohoho .. baru boleh jalan ngan flutter tu

  10. AmirMohamad pada 10 Apr 2009

    Thanks amanz.my for the kredit..kita bakal melihat manusia menggunakan singkatan perkataan yang pelik2 suatu masa nanti..dan mungkin juga memperlihatkan manusia lebih pantas menerima dan menghantar maklumat..mungkin ini yang ditekankan flutter..hehe

  11. tukunkayu pada 15 Apr 2009

    First time lawat blog ni, mcm2 info aku dapat.

    Aku dah bookmark website ni…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader