09Apr

MalaysiaKini Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Baru

Lain-lain, Web 2.0

Selepas hampir sepuluh tahun beroperasi, kini MalaysiaKini berjaya menarik lebih 250,000 pembaca setiap hari, sekaligus menjadikannya sebagai laman tempatan nombor satu di Malaysia, meninggalkan laman-laman berita yang lain termasuk The Star dan Utusan Malaysia. Kini, sudah terdapat lebih 100,000 laporan di laman MalaysiaKini.

MalaysiaKini
Antaramuka MalaysiaKini Pada Tahun 1999

MalaysiaKini dahulunya dimulakan dengan idea yang mudah dan ringkas. Ketika dimulakan, MalaysiaKini hanya mempunyai 6 orang pekerja selain sukarelawan, ketika pilihan raya tahun 1999. Dalam sembilan bulan pelancaran sahaja, MalaysiaKini sudah mempunyai lebih 100,000 pembaca harian. Pada awal tahu 2002, MalaysiaKini mula memperkenalkan sistem langganan, yang mana ketika itu hanya bernilai RM10 untuk sebulan. Hanya lebih kurang 1000 pembaca daripada 100,000 pembaca yang melanggan ketika itu.

Walaubagaimanapun, orang yang melanggan pada MalaysiaKini mula meningkat hari demi hari, dan pada tahun 2004, MalaysiaKini versi Bahasa Malaysia diperkenalkan diikuti dengan versi Bahasa Cina pada tahun 2005. Pada tahun 2006 pula, mereka memperkenalkan MalaysiaKini.TV. Ianya diikuti dengan versi Bahasa Tamil setahun kemudian, hasil kerjasama bersama majalah mingguaan Sembaruthi.

Pada pengumumman keputusan pilihan-raya lepas sahaja, MalaysiaKini dikunjungi lebih 500,000 pembaca antara pukul 10.00 malam hingga 11.00 malam. Melalui penggunaan Google Analytics, didapati bahawa MalaysiaKini mempunyai purata pengunjung lebih kurang 250,000 setiap hari.

Untuk ulang tahun ke-10 MalaysiaKini, ianya bakal memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka baru pada laman webnya, selain pengintegrasian dengan teknologi terkini pada lamannya. Sama-sama kita nantikannya bulan November ini.


DiGi Menawarkan Gajet Pada Harga Termurah
Tidak Telus - TeratoTech Menolak Geran SKMM
Aplikasi WangCyber Diperkenalkan Untuk iPhone dan Android
Rekabentuk Baru 1tube.my Diperkenalkan Untuk Semua
MySpace Bakal Dijual Pada Harga Sekitar $30 Juta?

16 Komen

  1. MK pada 09 Apr 2009

    Fuh, dah 10 tahun rupanya. Lama tu.

  2. melayubuntu pada 09 Apr 2009

    fuhh..xsabar nk tgk rekabentuk baru..dh la aku masuk web ni tiap2 hari…hahaha

  3. Khai pada 09 Apr 2009

    kalau buat versi notepad macam yg ada kat homepage dia skang pon, ok ape.. baru jimat bandwidth gila2 babi.. hhhaa

  4. alone pada 09 Apr 2009

    malaysiakini dapat sambutan sebab artikel2 yg menarik n bg aku, xbias.

    bagusla nak tukar rekabentuk. ada kelainan sket =)

  5. zool pada 09 Apr 2009

    Aku antara pembaca tegar Malaysiakini..

    Bro ada tak info pasal worm confider?? cerita sikit..

    • AmirMohamad pada 11 Apr 2009

      Worm Conficker..not ‘confider’ hehe..try je google..banyak info kt sana

  6. azraai pada 10 Apr 2009

    reformasi.

  7. Kujie pada 10 Apr 2009

    mula-mula belajar mencari berita di internet….memang dari Malaysiakini……..hingga kini

    :)

  8. haritz pada 10 Apr 2009

    pandai2 la bawak diri malaysiakini, sbb kau jer la yang telus yang lain semua pro gomen dan bodek kuat.

  9. Adam pada 10 Apr 2009

    Tahniah buat MalaysiaKini, sumber informasi alternatif untuk rakyat Malaysia. Semoga perjuanganmu terus membawa kepada perubahan :)

  10. ejon pada 11 Apr 2009

    nnt time aku nak ubah rekabentuk, tlg post skali eh.. hehe

  11. j_hafiz pada 11 Apr 2009

    mantap btul malaysiakini. berita yg xbyk kuar kat media perdana kan2? november? isk lambat sgt..

  12. EiNS pada 11 Apr 2009

    Malaysiakini yang ari2 aku lawat…

    Mesti kaya gila admin dia…ngan traffik menggila n ruang iklan lagi…

  13. Maya pada 11 Apr 2009

    Awal gak info ko dapat ni Amanz, siap bagi dateline bulan 10 tu.. ker ko terlibat dalam keja2 ni…

    kehkehkeh…

  14. BAGAK pada 13 Apr 2009

    tahniah malaysiakini

    gaya hidup terkini rakyat malaysia

  15. tukunkayu pada 15 Apr 2009

    Jarang baca MalaysiaKini.

    Selalu gi kat Terengganu ONline atau Utara Online untuk dapatkan berita terkini tentang politik tanahair…


Tinggalkan Komen Anda