30Apr

Microsoft Menamatkan Fungsi Autorun

Microsoft

Salah satu punca utama dalam penyebaran virus pada sistem operasi Windows adalah disebabkan oleh fungsi autorun yang boleh menjalankan fail Autorun.inf dengan mudah, sekaligus menjalankan sekali fail-fail berbahaya yang lain. Bermula Windows 7 RC, sistem operasi Windows tidak lagi akan memperlihatkan fungsi autorun apabila media mudah alih disambungkan.

Dengan fungsi autorun yang dibuang, kini anda boleh lebih yakin apabila membuka sebarang media mudah alih. Sebagai contoh, sekiranya anda menghubungkan media mudah alih pada komputer anda, anda hanya akan diperlihatkan dengan aplikasi-aplikasi sedia terpasang pada komputer anda yang boleh digunakan untuk memainkan dan menjalankan kandungan media mudah alih tersebut.

Dengan fungsi autorun yang dibuang ini, Microsoft berharap masalah malware dan sebagainya yang sering dihadapi oleh para pengguna Windows dapat ditanggani.


Windows 7 Di Datangkan Bersama DiVX
Kerjasama Yahoo-Microsoft Bertiup Kembali
Generasi Windows Phone Seterusnya Akan Mengguna Angka Kod 7.5
Beberapa Info Awal Berkenaan Windows Phone Tango Mula Kelihatan
Tiada Lagi Antaramuka Aero Glass Pada Windows 8

6 Komen

  1. zelo55 pada 01 May 2009

    haaa….
    pndai plak diorang buang…
    diorang pun mst da pnt tgk virus yg tiap2 ari mmbiak dlm pendrive device2 diorang yg lain..
    hahahaha…

  2. sankai pada 01 May 2009

    good effort la from microsoft..at least ada jugak usaha kearah better OS kan…

    off topic : aku bosan tengok org cakap microsoft nie sumber virus la, tak bagus la..tapi still guna jugak OS microsoft. FYI, aku guna ubuntu & vista.

  3. Sabri pada 02 May 2009

    sbenanye, autorun.inf tu virus ke tak.. sebab antivirus aq slalu detect yg bende tu virus..

  4. sankai pada 02 May 2009

    sebenarnya tidak..ianya satu fail untuk membolehkan sesuatu tetingkap itu dibuka secara automatik…

    tapi, ianya juga boleh menjadi virus sebab membolehkan program dijalankan secara automatik…terutamanya pada external usb drive.

  5. ifa pada 04 May 2009

    kalau dari dulu diorg buang apa salahnyekan.lama sangat nak fikir buang fungsi autorun tu.

  6. azwan | melayu boleh pada 04 May 2009

    selamat sikit lah pc kalau thumb drive tu membawa ‘penyakit’


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader