05Apr

Microsoft Mengambil Alih Domain Bing.com

Microsoft

Mungkin ramai sudah sedia maklum berkenaan dengan hajat Microsoft yang ingin menjenamakan enjin carian mereka kepada nama baru, dan Kumo.com dikatakan bakal menjadi nama baru untuk enjin carian mereka itu. Beberapa paparan antaramuka dengan logo Kumo.com juga sudah mula kelihatan di internet. Tetapi, kini timbul perkara baru, bahawa Bing.com juga berkemungkinan menjadi nama baru enjin carian mereka.

Selain daripada Bing dan Kumo, Hook juga dikatakan salah satu nama yang berkemungkinan digunakan dalam penjenamaan semula enjin carian mereka. Menariknya, pada awal bulan Mac yang lalu, Microsoft telah pun mefailkan dua penggunaan hak cipta atas nama Bing. Satu adalah sebagai laman web dengan pautan kepada informasi geografi, imej peta, dan laluan pelancongan, sekaligus memperlihatkan Bing sebagai sesuatu aplikasi yang berkait-rapat dengan aplikasi peta. Selain daripada itu, Bing juga dihakciptakan sebagai aplikasi enjin carian komputer, memperlihatkannya sebagai sebuah enjin carian.

Jadi, apakah itu Bing?

Kemaskini : Bing.com.my turut sama telah didaftarkan oleh Microsoft Malaysia. Walaubagaimanapun, Bing.my telah didaftarkan pada penghujung bulan Februari dan ditujukan ke laman Life.Name.My


Antaramuka Windows 8 Untuk Tablet Mungkin Diperlihatkan Seawal Bulan Jun Ini?
Aplikasi Webcam Pada Windows 8 Diperlihatkan
Microsoft Bersama-sama Mozilla Memperkenalkan Pelayar Web Firefox Dengan Bing
Windows 8 Beta Diperlihatkan Melalui Video Di CES 2012
Windows 8 Consumer Preview Bakal Dilancarkan Pada 29 Februari

3 Komen

  1. hydir pada 06 Apr 2009

    hoho .. mcm2 Microsoft ni nak buat
    diorang taknak ketinggalan dlm penjenamaan ini..

    tp rasanya .. nama tu kena ubah sikit … kumo, bing .. adeh..
    cuba le bagi nama mcm SOS ke … Terjah ke ..

  2. buletinpc pada 06 Apr 2009

    microsoft nak jadi kaya lagi ker

  3. Bill Gates pada 06 Apr 2009

    buletinpc , dalam dunia ni jarang ada orang nk miskn, mesti semua nak kaya, akikiki


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader