Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin buat masa ini, ramai kaki muat-turun sudah pun selesai menonton filem X-Men Origins : Wolverine yang masih belum siap sepenuhnya, ataupun yang mana dilabelkan sebagai Work Print. Menurut Torrent Freak, filem tersebut sudah pun dimuat-turun lebih sejuta kali oleh para pengguna BitTorrent, walaupun ianya masih belum lagi ditayangkan di pawagam seluruh dunia.
Buat masa ini, filem tersebut mendahului kesemua carta laman-laman torrent termasuk The Pirate Bay, sebagai filem yang dicari-cari oleh para pengguna. Walaupun, 20th Century Fox telah menghantar notis supaya membuang torrent filem tersebut, ianya masih tidak berhasil. Ini kerana belum sempat fail torrent yang lama dibuang, fail torrent yang baru akan dimuat-naik oleh para pengguna, menjadikannya agak sukar untuk dikawal.
Tetapi, menariknya, ianya dijangka bukan membawa kerugian, tetapi sebaliknya – keuntungan. Daripada suatu bancian yang dijalankan, lebih 40% pengguna yang telah memuat-turun filem tersebut mengatakan bahawa mereka akan ke pawagam untuk menonton filem tersebut untuk melihat keseluruhan efek pada filem tersebut. Jadi, adakah ianya salah satu cara pemasaran yang dijalankan oleh 20th Century Fox, ataupun ianya hanya kebetulan?
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ni mesti gune taktik Upin & Ipin ni, sebab cetak rompak dah tolong promote cerita Geng tu, jadi, orang sume nak tgk movie diorang. huhu.
*kebetulan je kut.
Haha… baru nak tulis tentang x-men tak abis render nih… Kelakar gak bila tgk Wolfvorine kat hujung2 masih ada tali kat belakang. Kerja org dalam ke?
wah da de torrent ke.. sok download la…
aku x donlod tp aku beli dvd. macam hampeh je. tp mungkin ada benarnya. bila aku tgk mcm x puas hati dan aku rasa aku nk tgk wayang citer tu
hehe
patut ler kapal terbang tak siap! ingatkan kali ni memang tak best.. tapi bile layan yg tak siap tetap best wow..
laa bestla cter ni wlpun x ciap ag cgi 2 …memng best di tambh pula hugh jackman yang hensem dan sasa 2 i love hugh jackman……….
nak minta tlg.camne cara nak download movie tu…apa software yg perlu dan berapa lama perlu saya tunggu..?ada tak sapa sapa boleh terangkan secara terperinci kerana saya tak tahu kangsung…