Archive for April 2009
-
17Apr
Chrome 2.0.174.0 Memperkenalkan Pengurusan Tab
Sebelum ini, pelayar web daripada Google yang sedang meningkat naik popularitinya, Google Chrome dikenali oleh kerana halaman tab baru yang mana memperlihatkan thumbnail laman-laman yang sering dilawati dalam suatu bentuk yang amat interaktif. Melalui kemaskini terkini, Google Chrome 2.0.174.0 membolehkan para pengguna membuang fungsi thumbnail pada halaman tab...
-
16Apr
Office 14 Bakal Di Datangkan Dalam Dua Variasi
Aplikasi pejabat yang dinanti-nanti ramai pengguna, Microsoft Office 14 ataupun yang mana dikenali juga sebagai Microsoft Office 2010 bakal dilepaskan kelak dalam dua variasi, iaitu 32-bit dan juga 64-bit, sekaligus menjadikannya sebagai aplikasi pejabat pertama daripada Microsoft yang dilepaskan dalam dua...
-
15Apr
Google Profiles Memperkenalkan Pautan Peribadi
Setelah memperkenalkan Google Profiles tidak lama dahulu, kini Google berhasrat menjadikannya sebagai laman yang lebih sosial, dengan menjadikannya sebagai suatu laman profail yang digunakan ramai. Sebagai langkah permulaan, kini anda boleh mendapatkan halaman profail Google anda dengan bentuk pautan yang menarik, sama seperti yang di gunapakai di YouTube, Picasa dan...
-
14Apr
Android 1.5 Bakal Memperkenalkan Penggunaan API
Setelah sekian lama, para pembangun Android memperkenalkan versi pengenalan untuk Android 1.5, yang mana bakal di lepaskan tidak lama lagi. Versi 1.5 memperkenalkan API yang mana menyokong fungsi papan kunci, pengenalan suara, panambah-baikkan antaramuka, peningkatan prestasi dan banyak...
-
14Apr
StumbleUpon Membebaskan Diri Daripada eBay
Sekiranya sebelum ini kita dengar berkenaan pengasas Skype ingin membeli semula Skype daripada eBay, hari ini kita dikejutkan dengan berita pengasas StumbleUpon yang sudah pun membeli kembali StumbleUpon daripada eBay. Kehidupan baru StumbleUpon dimulakan dengan bantuan beberapa syarikat modal...
-
13Apr
Internet Explorer 8 Mula Di Edarkan Melalui WU
Seperti yang dikatakan sebelum ini, Microsoft sudah bersedia untuk mengedarkan Internet Explorer 8 melalui kemaskini automatik untuk Windows. Sesiapa yang menggunakan IE8 Pre-Release sudah pun dapat melihat IE8 versi penuh pada kemaskini Windows, dan para pengguna yang menggunakan IE6 dan IE7 bakal melihat pilihan kemaskini automatik kepada IE8 pada penghujung bulan...
-
13Apr
Pengasas Skype Ingin Membeli Skype Semula
Minggu lepas, New York Times melaporkan, pengasas Skype ingin membeli semula Skype daripada E-Bay, dan dalam proses mengumpul wang dengan berbincang dengan beberapa firma ekuiti. Sebelum ini, e-Bay telah membeli Skype daripada mereka berdua pada harga lebih kurang $3 billion pada tahun...
-
11Apr
Virtual Earth 3D 4.0 Beta Sedia di Cuba
Virtual Earth 3D versi terkini, iaitu versi 4.0 sudah pun dilepaskan oleh Microsoft, yang mana memperkenalkan beberapa perubahan pada platform carian peta dan lokasi. Walaubagaimanapun, versi terkini Virtual Eath 3D ini tidak memperkenalkan sebarang fungsi baru atau perubahan yang drastik. Ianya lebih kepada peningkatan prestasi, disamping menyelesaikan beberapa masalah yang telah dikenal pasti pada versi sebelum...
