-
Pengasas Skype Ingin Membeli Skype Semula
Minggu lepas, New York Times melaporkan, pengasas Skype, Niklas Znnstorm dan Janus Friis ingin membeli semula Skype daripada E-Bay, dan dalam proses mengumpul wang dengan berbincang dengan beberapa firma ekuiti. Sebelum ini, e-Bay telah membeli Skype daripada mereka berdua pada harga lebih kurang $3 billion pada tahun 2005. Walaubagaimanapun, sehingga kini, e-Bay gagal mengintegrasikan servis Skype ke dalam e-Bay.

Antaramuka Skype Untuk Windows 4.0Sebelum ini, Skype dikatakan bakal dibeli oleh Google, namun perkara tersebut senyap begitu sahaja, sebelum Google melancarkan Google Voice sebagai pesaing kepada Skype. Malah sebelum ini pun, para pengguna sudah boleh membuat panggilan melalui GTalk, yang mana lebih jelas daripada panggilan yang dibuat melalui Yahoo! Messenger. Namun begitu, Skype tetap menjadi pilihan utama untuk membuat panggilan melalui internet.
8 Komen
Trackbacks/Pingbacks
“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
lame da x pakai skype. huhu
aku baru je top up dekat MOL skype credit. klu call skype to skype mmg clear.
tapi klu call skype ke mobile, mm hampeh sket.Even aku siap beli unlimited one month land line call, haha nyesal aku..tak clear la
Salam sumer,
saya dh cuba pakai skype ni puas hati.
Free pun ok berbayar pun ok.
Clear atau tdk sesuatu panggilan bergantung pd
penggunaan komputer.
setakat saya memang sarankan ahli2 kelab saya
pakai skype senang nk buat conference.
Opis aku paksa suruh pakai skype. Free je. Boleh buat VC lagi.
Meeting tak payah gi KL, buang duit je claim mileage.
Skype mmg best.
aku tatau nape.. sejak dari dulu.. aku mmg tak pernahnya suka pakai skype.. ahahah..
skype memang hampeh. tak yah pakai ar. guna hp je. sms. jimat giler