Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sekiranya sebelum ini kita dengar berkenaan pengasas Skype ingin membeli semula Skype daripada eBay, hari ini kita dikejutkan dengan berita pengasas StumbleUpon yang sudah pun membeli kembali StumbleUpon daripada eBay. Kehidupan baru StumbleUpon dimulakan dengan bantuan beberapa syarikat modal usahasama.
Sebelum ini, eBay telah membeli StumbleUpon pada harga $75 juta pada tahun 2007. Walaubagaimanapun, pembelian StumbleUpon kelihatan seperti tiada kaitan dengan visi utama eBay yang mana ianya merupakan salah satu laman lelong terbesar di dunia. Buat masa kini, StumbleUpon mempunyai lebih 7.4 juta pengguna, disamping lebih 425 juta laman yang dilawati melaluinya setiap bulan. StumbleUpon merupakan salah satu laman yang boleh dirujuk sekiranya anda ingin mencari artikel-artikel dan info-info berguna.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
baguslah ia dibeli semula. sebab xintegrate pun dengan ebay.
btw, aku selalu jugak cari info2best thru stumbleupon nih.
aku rasa macam ebay tak ada fungsi beli-sana-sini. kalau google yg ambil ahli major ekuiti boleh la tahan juga kena lenjam. habis perah otak geek kat google buat uji kaji terbaik untuk google gunakan kelebihan yg ada.
time-time ekonomi gawat juga beli-belah syarikat kapital besar.. fuhhh
hehe
selama aku bergiat dengan ebay, baru harini aku tau die ade kaitan ngan stumbleupon…
ebay nie smua nk beli.mentang2 kaya.ciss ~
business =)