Hari ini sahaja, banyak syarikat berasaskan internet dan sebagainya mereka cerita mereka yang tersendiri untuk memperkenakan para pengguna sempena dengan tarikh 1 April yang dikaitkan dengan April Fool. Walaupun ianya kurang baik, dan bertentangan dengan budaya kita, teknologi-teknologi yang diperkenalkan pada April Fool kali ini agak menarik berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.
- Microsoft memperkenalkan kebolehan untuk mengetahui perasaan secara automatik pada Windows Live Messenger.
- Google memperkenalkan fungsi AutoPilot pada GMail.
- Warner Bros membeli The Pirate Bay.
- Opera memperkenalkan Face Gestures.
- YouTube memperkenalkan kebolehan untuk menonton video dalam keadaan terbalik.
- Yahoo! memperkenalkan pencarian ideologi.
- Woopra memperkenalkan fungsi spy webcam untuk laman web.
- Sering kehabisan kredit pada telefon bimbit anda? Mungkin anda harus gunakan telefon bimbit yang beroperasi menggunakan syiling.
- Ford dan GM dikatakan sedang membangunkan kereta Android.
Kredit : TechCrunch
Herm! Depa ni sengaja pilih
tarikh nih. Suka suki depa jer.
tak habis2… org kan dah boleh agak tarikh ni sinonim dgn penipuan..
Hahaha… Lawak2…
Kenapa wujub hari menipu ni entahlah..
aarrggghhh…!!! nasib baik april fool je.. kalau la betul2.. ntah camne la nanti.. ade ke Warner Bros beli The Pirate Bay.. hahahhaa.. lawak2…