08Apr

Yahoo! Memperkenalkan Yahoo! Music Serba Baru

Yahoo!

Yahoo! telah pun melancarkan kembali versi terbaru Yahoo! Music pada minggu ini dengan pelbagai fungsi-fungsi baru dan pautan ke laman pihak ketiga yang disusun dengan menarik sekali. Sekiranya anda membuat carian sesuatu lagu atau artis, anda akan disajikan dengan hasil carian yang berkaitan dan pautan terus ke laman pihak ketiga seperti Last.FM, Flickr, YouTube dan banyak lagi.

Yahoo! Music
Antaramuka Laman Yahoo! Music Baru

Tidak kurang dengan itu, kini Yahoo! Music juga turut membuat pautan terus ke laman-laman yang menjual muzik dan lagu, seperti laman Amazon dan iTunes. Dengan berbuat demikian, kini Yahoo! tidak lagi perlu bimbang soal hak cipta dan sebagainya, dan hanya fokuskan kepada pembangunan laman mereka sahaja. Dengan ini juga, Yahoo! dapat mengelakkan diri daripada menanggung kos-kos yang tidak berkaitan sekaligus memaksimakan pendapatan mereka.

Selain daripada itu, Yahoo! juga dalam perancangan untuk memperkenalkan API untuk membolehkan laman-laman muzik lain dapat membangunkan aplikasi dan mengintegrasikannya bersama laman Yahoo! Music.


Yahoo! Memperlihatkan Iklan Yang Di Perkaya
Yahoo! Messenger 10 Beta Sedia Di Cuba
Pencarian Harta Karun Bersama Yahoo! Youreka!
Facebook Kini Laman Perkongsian Video Ke-3 Terbesar
Sah : Presiden PayPal Kini Adalah CEO Yahoo!

6 Komen

  1. haritz pada 08 Apr 2009

    Good info, harap2 dia sediakan ruangan download lagu free plak lepas ni hehe

  2. alone pada 08 Apr 2009

    wow. best. cuma bagi yang guna connection slow, berjanggut la nak buffering.

  3. anarm pada 08 Apr 2009

    bagus.. tp mcm xleh lawan google lg.. hehee

  4. Farid Zenon pada 08 Apr 2009

    Malaysian langsung tak dapat rasa perkidmatan macam ni, maksud aku artis malaysia, artis Malaysia yang dapat pecah masuk jual lagu kat iTunes cuma pete teo sorang jer (selalu buat lagu untuk film yasmin).

    site pate teo- http://www.peteteo.com/

    @haritz download free? jangan harap beb

  5. Adam pada 10 Apr 2009

    @haritz – bleh usha Portal Gua Muzik untuk rakyat Malaysia yang nak download lagu berbayar (ayat sipitikal, haha). Lagu Melayu tak setanding lagu antarabangsa, suruh artis Malaysia cipta lagu yang berkualiti skit, insyaAllah dapat peluang.

  6. aebiealeeya pada 02 Dec 2009

    no komennnnn……


Tinggalkan Komen Anda