Yahoo! Menamatkan Servis Hosting Percuma – GeoCities
Yahoo! yang dahulunya membeli GeoCities pada harga lebih kurang $2.87 billion pada tahun 1999, kini setelah 10 tahun mengumumkan bahawa mereka bakal menamatkan servis GeoCities. GeoCities yang dahulunya digunakan ramai untuk mula menceburkan diri dalam bidang pembangunan laman web, kian dilupakan ramai dari hari demi hari, dan ini merupakan salah satu sebab mengapa Yahoo! menutup servis tersebut.

Mesej Yang Di Paparkan Di Laman GeoCities [via]Walaubagaimanapun, penutupan ini hanyalah bagi pendaftaran baru sahaja. Laman-laman di GeoCities yang sedia ada masih boleh diakses, malah pembangunnya dinasihatkan dan digalakkan untuk mendaftarkan diri ke servis berbayar Yahoo! Web Hosting.
Buat masa ini, ramai yang lebih gemar mendaftarkan diri ke beberapa servis alternatif untuk mula membangunkan web, malah ramai yang suka mendaftarkan diri di Blogger atau WordPress untuk khidmat blog, selain Google Sites untuk servis web. GeoCities kelihatan ketinggalan sedikit dalam menyediakan fungsi-fungsi yang menepati ciri-ciri semasa, mengakibatkan pengguna lebih gemar mencari perkhidmatan alternatif untuk mengehos halaman web mereka.
9 Komen
mcm mana la org tak guna geocities, hosting kasi 15mb je. kemudian tak support php, takde database, takde ftp akses serta iklan yg merosakkan layout laman web
stuju….
Dah tu bandwith pun limit ikut minit. Camne la orang nak guna..
Wah, Geocities ni tpt petama sy blajo wat web.
Byk kenangan indah gak ngan Geocities ni.
Tempat sayer same: http://www.geocities.com/cloudaeris85 hikhik
nasib baik yg lama masih kekal….go go go geocities ~
Mungkin 10 tahun lagi, WordPress lak yang mati. Waktu tu blog2 dah jadi nostalgia dah.. haha.
hoho. aku pun tak kesah sangat. babai geocities..
aku mula belahar buat web pun dengan geocities…tp dah bertahun-tahun aku abaikan web aku tu