14May

Import Emel Anda Yang Lain Ke Dalam GMail

Google

Mungkin ramai sudah mengetahui, bahawa GMail merupakan penyedia emel ketiga terbesar di dunia selepas Hotmail dan juga Yahoo! Mail. Kini, dalam usaha untuk menambah para penggunanya, Google memudahkan anda untuk berpindah kepada GMail, dengan menyediakan aplikasi untuk berpindah dari penyedia emel yang lain.

import_gmail
Pilihan Mengimport Emel Pada GMail

Dengan aplikasi ini, yang mana boleh diakses melalui akaun GMail anda, anda boleh mengimport kesemua emel dan senarai hubungan yang terdapat pada alamat emel anda yang lain dengan mudah sekali. Anda boleh mengimport emel daripada Yahoo!, Hotmail, AOL atau penyedia emel yang lain atau akaun POP3 anda sendiri.

Ianya mengambil sedikit masa untuk semua emel selesai dipindahkan ke alamat emel GMail anda, bergantung kepada berapa banyak emel yang terdapat pada emel anda yang lagi satu itu. Paling lama, ianya mungkin mengambil masa sehingga 2 hari. Buat masa ini, fungsi ini sedang diintegrasikan secara berperingkat ke dalam semua akaun GMail, jadi sekiranya anda tidak melihatnya pada akaun GMail anda, ianya mungkin ada disitu dalam satu dua hari lagi.


Korea Sedang Usahakan Sambungan Internet 1Gbps
Google Mencuba Fungsi Geolokasi Pada Hasil Carian
Selamat Ulang-Tahun Ke-5 @Twitter
Google Meminta Pembangun Mengoptimasikan Aplikasi Untuk Ice Cream Sandwich
Apakah Bakal Diperkenalkan Seterusnya Pada Laman Sosial Google+?

2 Komen

  1. mohdisa pada 14 May 2009

    Baguslah, aku pun guna gmail. senang nak attach file. then, byk yang menariklah tentang gmail ni. aman, kalau dari gmail sendiri boleh ke?

  2. Anarm pada 15 May 2009

    Gmail terbaik..!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader