16May

Chrome Extensions? Selamat Tinggal Firefox

Google

Google Chrome adalah salah satu pelayar web yang boleh dianggap berjaya. Setelah mencapai lebih dari satu peratus pegangan pasaran dalam tempoh kurang setahun, kini mereka telah pun memperkenalkan sokongan kepada aplikasi pihak ketiga dikenali sebagai extensions.

Chrome Extensions
Salah Satu Contoh Penggunaan Chrome Extensions

Melalui kemaskini terkini untuk para pembangun, Chrome 2.0.180.0 membawakan sokongan kepada extensions, malah pihak Google sendiri telah memperkenalkan beberapa bentuk extensions yang ringkas sebagai idea awal untuk para pembangun.

Sehingga kini, ramai yang tidak menggunakan Chrome kerana tiada sokongan aplikasi pihak ketiga seperti yang disokong oleh Mozilla Firefox. Mungkin ini akan mengubah serba sedikit penggunaan pelayar web oleh para pengguna, sekaligus menguntungkan pihak pembangun Chrome.

Walaubagaimanapun, ianya mungkin mengambil sedikit masa sebelum Chrome mencapai bilangan extensions seperti yang ditawarkan oleh Mozilla Firefox. Untuk mencuba beberapa extensions yang disediakan oleh Google, anda hanya perlu memastikan anda mempunyai pelayar web Google Chrome yang terkini, iaitu versi 2.0.180.0.


IE8 RTM Di Jangka Akan Di Lepaskan Pada Mac 09
Fungsi Halaman Tab Baru Pada Firefox Di Perkenalkan
Moderator Kini Di Integrasikan di YouTube
Android Market Akan Mengintegrasikan PayPal
Google Membuka Pejabat Di Kuala Lumpur

6 Komen

  1. Anarm pada 16 May 2009

    haa.. camni la baru best skit ade extension..

  2. CypherHackz pada 16 May 2009

    Tapi apa yang tak best bila tabs tu tak boleh bukak terlalu banyak. Kalau bukak banyak tabs, tabs akan jadi kecik.

  3. Eriyza pada 16 May 2009

    Lum jatuh chenta lg dgn Chrome.
    Maseh setia bekaseh dgn Firefox. :D

  4. Luth Textile pada 17 May 2009

    best memang best, tapi kat rumah aku akan jadi heng..

  5. hydir pada 19 May 2009

    mmg chrome best
    nak try skrg juga :)

  6. Kaizer pada 17 Sep 2009

    Kalau chrome dibina utk compatible utk guna add on mozila baru best.Lagi best klu google berkejesama dgn Mozila.Sure IE menangis x berlagu..


Tinggalkan Komen Anda