17May

Firefox 3.5 Bakal Menggunakan Logo Lebih Berapi?

Perisian, Sumber Terbuka

Selepas melangkah angka versi dari 3.1 kepada 3.5, Mozilla kini turut sama bercadang untuk memberikan sedikit kemasan dan perubahan pada logo rasmi Firefox miliknya itu. Kali terakhir perubahan dilakukan terhadap logo Firefox adalah pada ketika versi Firefox 1.5 dilepaskan.

Evolusi Logo Firefox
Evolusi Logo Firefox [via]

Perubahan yang dapat dilihat adalah dimana bulu pada badan dikurangkan, dan rekabentuk ekor musang lebih memperlihatkan apinya berbanding versi-versi sebelum ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya berkenaan perubahan logo Firefox ini. Alex secara ringkas menjawab persoalan itu, dimana dalam suatu pasaran yang menumpukan perhatian pada produk yang baru, laju dan ringkas, perubahan pada rekabentuk juga diperlukan, yang mana memperlihatkan perubahan berlaku pada sesuatu produk itu.

Jadi, apa pendapat anda dengan logo terbaru Firefox ini?


Opera Turbo Untuk Melayari Web Lebih Pantas
Kemaskini Aplikasi Lebih Pantas Dengan Courgette
Opera Mini 6 Dan Opera Mobile 11 Pada Minggu Hadapan
Nokia Maps Kini Menyokong Android Dan iOS
Pelayar Web Dolphin Untuk Android Pad Diperkenalkan

21 Komen

  1. akazuma pada 17 May 2009

    wah. nampak lebih anggun!

  2. beliamuda pada 18 May 2009

    menarik2…

  3. Eriyza pada 18 May 2009

    Blehlah. :D

  4. baloot pada 18 May 2009

    makin BERAPI MUSANG kita kali ni.. haha
    2 malam lepas baru aku jumpa musang kat atas syiling rumah aku.. panjang giler ekor.. kiut n comel.. tapi sayang, perangai musang ni pelik… hehe…

    • hydir pada 19 May 2009

      keh3 .. kat rumah aku pon ada musang gak
      besar dan kiut
      nampak aku buat donno aja ..
      selamba jer dia jalan perlahan2 dan blah ..
      x respek tuan rumah langsung .. adeh …

      anyway .. Firefox is okay ..

      • kaizer pada 21 May 2009

        dia tahu dia dh glamour sekarng.kerek r dia ngan ko. :)

  5. blinkky pada 18 May 2009

    wah, mengancam !!!

  6. Anarm pada 18 May 2009

    kaler die mcm pudar skit..
    xleh terangkan lg ke?
    :p

  7. lazaac pada 18 May 2009

    cantik logo tuh… cute…

  8. xflixz pada 18 May 2009

    hmmm..tapi mcm serabut je api die..haha..

  9. safwan pada 18 May 2009

    Tapi apasal aku rasa Firefox sekarang ni makin slow connection dia. Kadang-kadang ada site yg terus x dapat bukak. Guna IE ok pulak..

    • kaizer pada 21 May 2009

      maybe website tu phising kot.gamok la.

  10. kita pada 18 May 2009

    nampak lebih logo web 2.0 kot

  11. mohdisa pada 18 May 2009

    menarik siut, serius aku mmg suka guna mozilla firefox.

  12. Roslan Nazri pada 19 May 2009

    musang berapi kau tetap di hati ku..hahaha

  13. baloot pada 19 May 2009

    makin lama, makin pudar gmbar earth tu.
    maklumla, lapisan ozon kan makin nipis.. ada makna semua tu.. :p

  14. zelo55 pada 22 May 2009

    ak mmg pmint firefox pun…
    jarang bbenor pkai browser lain…
    tapi bab lgo tu lg lawa kalau eko die bagi naik mcam api betul…
    ade lining merah sket…
    brula stylo mylo…

    hahahhahaaa…

  15. j_hafiz pada 25 May 2009

    yg pnting harap makin laju, bior le padan ngn berapinye tu…

  16. Ady Romantika pada 27 May 2009

    I like! Betul juga kata j_hafiz tu kalau logo berapi tapi jalan cam siput memang sedih :-)

  17. onetrg pada 28 May 2009

    terbaek


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader