08May

Firefox Bakal Menyertai Konsep Multi-Proses Chrome

Perisian, Sumber Terbuka

Selepas Google Chrome memperkenalkan fungsi membahagikan tab kepada proses setiap sistem, yang mana menjadikan pelayar web lebih stabil, kini Mozilla turut bakal menyertakannya didalam Firefox. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam perancangan dan perbincangan lagi.

Melalui suatu Wiki pada Mozilla Wiki, projek Content Processes mennyatakan bahawa setiap halaman yang dibuka melalui tab baru, patut dibahagikan kepada proses mereka tersendiri, yang mana bakal membawakan kadar respons yang lebih tinggi disamping meningkatkan kestabilan pelayar web itu sendiri.

Namun begitu, ianya masih kurang pasti, bilakah perkara ini akan diadaptasikan. Buat masa ini, ianya dibahagikan kepada 4 fasa dan satu fasa masa depan. Fasa pertama dijangka selesai sebelum 15 Julai 2009 ini. Dan mungkin kita dapat melihat implementasi keseluruhannya pada versi Firefox akan datang, atau mungkin didalam bentuk addon. Siapa tahu? Sama-sama kita mengikuti perkembangannya.


Cadangan Fungsi Baru Untuk WordPress 3.3 Diperlihatkan
Mozilla Thunderbird 9 Membawakan Enjin Gecko Baru Dan Integrasi Personas
Facebook Messenger Untuk Windows Diperkenalkan Secara Rasmi
ShilaOS - Distro Linux Berasaskan Ubuntu Untuk Para Peminat Shila Amzah
Chrome 20 Membawakan Integrasi Sokongan Chrome To Mobile

5 Komen

  1. MK pada 08 May 2009

    Walaupun multi-proses, setiap proses dalam Chrome guna banyak resource. Harap Firefox boleh minimakan benda tu.

    Ok gak untuk Firefox, sebab dia selalu crash, huhu.

  2. xflixz pada 09 May 2009

    bagus2..takde la makan memory smpai beratus2..pastu crash.huhu..

  3. am pada 09 May 2009

    tapi chrome memang best gile… proses load mudah..

  4. abdusfauzi pada 14 May 2009

    Mac tak dapat rase Chrome pun lagi, FF pun dah nk buat. :(

    • aMaNz pada 14 May 2009

      versi testing untuk Mac dah kuar dah. Huhu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader