• Flock 2.5 Mengintegrasikan Fungsi Twitter

    Mungkin ramai yang sudah kenal akan pelayar web yang diintegrasikan dengan fungsi-fungsi menarik untuk memudahkan anda melayar web-web sosial, iaitu Flock. Kini, melalui Flock 2.5, pelayar web tersebut sudah mula menyokong servis Twitter.

    Flock 2.5
    Flock 2.5 Mengintegrasikan Fungsi Twitter [via]

    Flock diasaskan dengan menggunakan kod sumber Mozilla Firefox, cuma ianya ditambah akan dengan beberapa fungsi menarik yang memudahkan anda melayari dan sentiasa dikemaskini dengan aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku di beberapa laman-laman sosial terkemuka, seperti MySpace, Picasa, YouTube dan sokongan kepada platfom blog dan banyak lagi.

    Melalui versi terkini, Flock membawakan sokongan kepada Twitter dan akses pantas kepada fungsi Facebook Chat dari sebarang halaman web yang anda sedang layari. Flock 2.5 menyediakan fungsi carian Twitter di halaman utama, selain menyediakan fungsi sidebar Twitter yang amat menarik sekali. Twitter kini menjadi suatu fenomena yang digilai ramai, dan pengintegrasian ini akan memudahkan para pengguna selain mengurangkan kebergantungan kepada aplikasi desktop yang lain.

8 Komen

  1. kita on 19 May 2009

    tidak terkejar teknologi web sekarang tapi yang peliknya sentiasa ada pengguna yang menggunakannya.lebih-lebih lagi kalau produk mat saleh…kalau produk tempatan susah nak maju

  2. yazidyahaya on 19 May 2009

    teknologi yang sungguh mantap dan sangat memeningkan..tidak terkejar dibuatnya!

  3. mohdisa on 19 May 2009

    uiks, aku pun dah tak terkejar. menarik juga tentang flock ni. rasa ingin mencubanya jugalah.

  4. en_me on 19 May 2009

    xper me pass.. salammms abg amanz tewww

  5. Eriyza on 19 May 2009

    Amboi, seme benda plak
    si Flock ni nak konker. :P

  6. hazriq ishak on 19 May 2009

    saya mmg menggunakan flock.
    hebat.

    tapi saya punya 2.0.3 kalau x salah, tapi ada je fungsi twitter.

  7. spatt on 20 May 2009

    teringin nak pakai flock tapi dah terlalu attached ngan firefox..hoho

  8. Hanep on 21 May 2009

    aku da banyak kali install…
    banyak kali uninstall gak…
    Serabut banyak sgt dlm tu.. hahahah


Tinggalkan Komen Anda