05May

Google Memperkenalkan Google Contact

Google

Jikalau sebelum ini, anda perlu menjadi pengguna GMail sekiranya ingin menguruskan senarai hubungan anda, kini Google memperkenalkan Google Contact, yang mana membolehkan anda menguruskan senarai hubungan anda, tanpa perlu melalui GMail. Sekiranya anda mempunyai akaun Google Apps, anda juga boleh mengaktifkan servis tersebut dari halaman pentadbir.

Google Contact
Halaman Google Contact

Sama seperti servis lain yang seumpamanya, Google Contact membolehkan anda mengimport dan mengeksport senarai hubungan anda daripada beberapa sumber-sumber alternatif seperti Outlook, Yahoo, dan Hotmail. Anda juga boleh berkongsi senarai hubungan anda dengan beberapa servis yang lain.

Sebelum ini, Google memperkenalkan Google Profiles, dan kini Google Contact. Adakah Google sedang mentransformasikan diri mereka kepada sebuah laman sosial yang terbesar, sama seperti misi Yahoo!?


Google Chrome 2.0 Dalam Pembangunan
Adakah Docs Adalah GDrive Yang Di Perkatakan?
Chrome OS Akan Di Gunakan Bersama Papan Kekunci
Pengguna Galaxy Tab Malaysia Menerima Kemaskini Gingerbread
Aplikasi Google Translate Kini Turut Menyokong Terjemahan Suara Untuk Bahasa Mandarin

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader