21May

Google Suggest Kini Memperlihatkan Pautan Terus

Google

Hampir setiap masa, Google berusaha untuk memperkenalkan sesuatu yang baru. Kini, Google mula memperlihatkan pautan dan iklaneka melalui Search Suggestion yang diintegrasikan dalam enjin cariannya. Pautan dan iklaneka ini diperlihatkan sebelum anda membuat sebarang carian, malah ketika anda sedang menaip sesuatu kata kunci.

Google Suggest
Contoh Pautan Terus Pada Search Suggestion

Sebelum ini, fungsi Search Suggestion hanya memperlihatkan kata kunci sahaja. Walaubagaimanapun, mulai hari ini, Google mula memperlihatkan pautan terus ke sesuatu laman web, dimana sekiranya anda memilih pilihan tersebut, anda akan terus dibawa ke laman tersebut, tanpa perlu melalui hasil carian.

Ianya lebih kurang seperti penggunaan fungsi I’m Feeling Lucky pada Google, tetapi kini ianya lebih dipermudahkan. Menariknya, selain pautan terus ke sesuatu laman web, iklaneka juga turut sama diintegrasikan ke dalam Search Suggestion, dimana ianya diperlihatkan pada penghujung senarai Search Suggestion.

Sekiranya sebelum ini, iklan hanya dihidangkan pada halaman hasil carian, kini Google sudah memperlihatkan iklan tanpa sebarang gangguan ketika anda ingin membuat carian, selain mengintegrasikan fungsi pautan pada Search Suggestion. Menarik bukan?

Kredit : TechCrunch


Google Phone Di Pasaran US Awal Tahun 2010
Infografik : Ulang-Tahun iPhone Ke-4
Selamat Ulang-Tahun Ke-5 @Twitter
GMail Tap Membolehkan Anda Menaip Emel Dengan Hanya Menggunakan Dash Dan Dot
Pelayar Web Google Chrome 20 Beta Kini Sedia Dimuat-Turun

4 Komen

  1. Irdzra pada 21 May 2009

    thank you visit blog ku itu..hehe..

    owh..function google yang ini sgt berguna.. :)

  2. hydir pada 21 May 2009

    google ada cukup data utk tahu patern bacaan org
    sbb tu dia bleh buat google suggest nih

    setiap apa yg kita klik melalui google ada direkodkan
    google takluk dunia? :P

  3. mrahfa pada 22 May 2009

    hmmm, menarik, tak payah guna igoogle lagi sekarang kalau nak function macam ni :-)

  4. safar pada 11 Sep 2009

    Yahoo! pun ada fungsi seperti ini.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader