29May

Google Wave – Kolaborasi Masa Nyata Lebih Mudah

Google

Internet dan teknologi bergerak dengan amat pantas sekali pada masa kini. Dengan adanya Twitter, ramai yang mula membangunkan aplikasi yang mengguna-pakai teknologi masa nyata. Dan kini, Google pula memperkenalkan Google Wave sebagai jawapan untuk kolaborasi masa nyata.

Google Wave
Antaramuka Google Wave [via]

Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan dan dijangka akan dilepaskan pada umum dalam tahun ini. Google Wave yang diperlihatkan pada Google I/O hari ini, melihatkan kombinasi segala bentuk komunikasi yang digunakan hari ini, dan ramai mengatakannya sebagai gabungan emel, IM, Twitter, Facebook dan FriendFeed.

Dalam preview yang diperlihatkan, Google Wave dibahagikan kepada tiga bahagian utama, dimana pada bahagian pertama, navigasi dan pautan serta senarai hubungan diperlihatkan. Pada bahagian kedua pula, inbox Wave, dimana semua jenis kandungan diperlihatkan. Dan sekiranya anda membuka salah satu daripadanya, ianya akan diperlihatkan dibahagian ketiga.

Menariknya, Wave boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan lebih daripada dua orang, pada masa nyata. Anda juga boleh menambah senarai hubungan baru setelah anda memulakan perbincangan atau mula bersembang, dan senarai hubungan baru akan dapat melihat senarai mesej dari awal dengan mudah, dan anda tidak lagi perlu menerangkan satu persatu sekiranya sedang bekerja membangunkan sesuatu perkara.

Selain daripada itu, teknologi masa nyata Google Wave membolehkan anda bersembang pada masa nyata sama seperti khidmat IM yang lain. Tetapi, menariknya, anda boleh melihat apa yang sedang ditaip oleh rakan anda – perkataan demi perkataan – tanpa perlu menekan butang hantar, seperti pada IM biasa.

Para pengguna juga boleh mengintegrasikan Wave kedalam Blogger dan semua komen yang dihantar pada blog tersebut, turut sama akan diperlihatkan pada Wave, sekaligus memudahkan anda berhubung, dan mengikuti setiap perkara dengan mudah dari satu tempat sahaja.

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan Google bakal membeli Twitter. Tetapi dengan teknologi Google Wave ini, mungkin Twitter bukan lagi suatu keperluan untuk Google.


YouTube Bakal Memperkenalkan Video Penuh HD - 1080p
Chrome 5.0 Sedia Di Uji
Pengguna Galaxy Tab Malaysia Menerima Kemaskini Gingerbread
Samsung Dan Google Bakal Memperkenalkan Nexus Prime Pada 11 Oktober
Facebook Memperkenalkan Perubahan Antaramuka Pada Fungsi Facebook Connect

11 Komen

  1. azraai pada 29 May 2009

    is web 3.0 coming?

  2. izzat pada 29 May 2009

    inilah yang dikatakan inovasi! bergeliga betul otak diorang fikir benda2 camni…looking forward to it.

  3. hydir pada 30 May 2009

    cool
    Google bakal menakluk dunia :)

  4. Khai pada 31 May 2009

    Eh, Yahoo tu ape? heh~

  5. blacksaga pada 06 Jun 2009

    nampak kkool. tapi nape aku masih rasa ianya serabut..

  6. KampungBoy pada 06 Jun 2009

    Wa…kita tunggu dah lihat aja…
    mesti gempak siot
    bro….link xchange jom?

  7. wawwi.com pada 21 Jun 2009

    Menarik Menarik.. :D

  8. zulfitry.com pada 30 Jun 2009

    nampak macam complicated..

  9. razak pada 06 Jul 2009

    ini mesti dasat nih..sebelum ni aku guna digsby jer untuk semua2 tu.boleh tengok email byk n bertweeter.so ade nie kire senang n stable kot.


Trackbacks/Pingbacks

  1. My favourite Google Products | adlankhalidi.com

Tinggalkan Komen Anda