13May

Kemaskini Sistem Operasi Mac OS X Anda Kepada 10.5.7

Apple

Setelah sekian lama, Apple hari ini telah melepaskan Mac OS 10.5.7 melalui Software Update, yang mana pengguna Mac boleh mengaksesnya melalui menu Apple. Kemaskini ini merupakan suatu kemaskini yang dikhaskan kepada pengguna Mac OS X Leopard, yang mana membawakan pelbagai peningkatan dan penyelesaian masalah.

Mac OS X Leopard
Antaramuka Desktop Mac OS X Leopard [via]

Secara umumnya, kemaskini ini membawakan beberapa perubahan secara amnya, iaitu:

  • Peningkatan sekuriti dan penyelesaian pelbagai masalah berkaitan sekuriti yang telah dikenal pasti sebelumnya.
  • Peningkatan prestasi mainan video.
  • Menyelesaikan masalah yang berlaku apabila log masuk ke GMail.
  • Mempertingkatkan keupayaan apabila sync senarai hubungan dengan Yahoo!
  • ..dan pelbagai perkara lagi.

Anda dinasihatkan untuk membuat back-up sebelum membuat sebarang kemaskini, dan jangan menganggu sebarang proses pemasangan yang berlaku ketika kemaskini sedang dilakukan. Anda juga boleh memuat-turun kemaskini ini dari laman rasmi Apple.


Apple Bakal Memudahkan Web Dengan Gianduia?
Lagi Gambar iPhone Generasi Ke-Empat Tersebar
iPhone Generasi Baru Akan Dilancarkan Pada Bulan Ogos?
Steve Jobs Meninggal Dunia
Projek Terakhir Steve Jobs Merupakan iPhone 5?

5 Komen

  1. Zik pada 13 May 2009

    isskk.. aku tk leh nak tgk screen apple dgn wallpaper yg masyuk abis..

  2. abdusfauzi pada 14 May 2009

    :) selagi tak dpt auto pop-up suruh install, malas nk download. lalala. tunggu dia background-download dulu.

  3. mohdisa pada 14 May 2009

    Wah, tak penah pakai MAC OS ni lagi. Free OS ke ni?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader