Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Internet Explorer baru-baru ini kelihatan kepercayaan para pengguna dan mula kehilangan peratus penggunaannya. Untuk mengatasinya, Microsoft telah memperkenalkan IE8, dengan pelbagai fungsi baru. Terbaru, Microsoft membawakan fungsi New Session pada Internet Explorer 8.
Melalui fungsi ini, seseorang boleh mengakses lebih dari satu akaun yang menggunakan fungsi session (selalunya akaun emel, laman sosial dan sebagainya). Anda hanya perlu klik pada File, dan seterusnya pilih New Session. Sebuah tetingkap baru akan dibuka yang mana tidak berkongsi sebarang informasi dan data dengan tetingkap utama.
Fungsi ini berbeza dengan fungsi Private Browsing, dimana dengan Private Browsing, tetingkap asal akan dipadam, tetapi melalui funsgi New Sessions, tetingkap asal akan disimpan dan masih boleh dilayari seperti biasa.
Tetapi, anda perlu pastikan Internet Explorer anda dikemaskini kepada build yang terkini terlebih dahulu.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hmmmm..aku guna IE8 ,boleh tahan juga .senang macam firefox atau avant browser.
bleh cube jgak ni kan…? IE ni bertambah x kelajuan die..?
aku tak kesah sangat. pakai mozila ke IE ke. Janji internet perform laju. tu dah cukup..
Ooo…bagus gak .. (^^,) thnks for the info
wah. fungsi yang bagus. bila dah hampir xdipedulikan baru banyak kemajuan. hehe. btw, nice info. thanks =)
Bila ramai sudah berpaling tadah, barulah IE ni terhegeh2 nak buat improvement. Hehe
Salam bro,.
Wah.. Lama dah aku tak guna IE nie.. Lebih pada Firefox.. Thanks for info menarik..
Pelbagai cara diguna utk menarik customer.. Kita leh belajar dari depa nie bro..
How ever thanks again…
Tapi skang nie banyak yang support IE
bnding musang berjanggut
wah, ini berita baik bagi aku. sebab blh buka dua akaun email sekali gus. sng aku nak wat keje.
aku pun terkejut pabila gune IE8.
perubahan drastik yg hebat
tapi tak support untuk aplikasi syarikat aku. Aku keje kat tm. banyak access syarikat aku tak support