13May

Menapis Carian Di Google Kini Lebih Mudah

Google

Google hari ini telah memperkenalkan fungsi baru pada carian mereka yang mana membolehkan anda menapis hasil carian anda dengan mudah. Setiap carian yang dilakukan pada Google kini, disajikan dengan pilihan untuk menapis hasil carian dalam pelbagai bentuk.

Google Search
Kedudukan Tetapan Menapis Carian Pada Google

Anda kini boleh menapisnya dalam bentuk hasil carian (seperti video, forum dan sebagainya), atau mengikut masa (terkini, 24 jam yang lepas dan sebagainya), ataupun hanya menyajikan hasil carian seperti biasa. Selain daripada itu, dua pilihan tambahan juga disertakan, iaitu memperlihatkan hasil carian anda mengikut garis masa (timeline), ataupun pilihan baru, iaitu Wonder Wheel.

Melalui Wonder Wheel, ianya bakal memperlihatkan pautan-pautan berkaitan dengan hasil carian anda. Buat masa ini, hanya beberapa carian popular sahaja yang disajikan dengan keputusan carian dalam bentuk Wonder Wheel. Anda boleh melihat contoh bentuk Wonder Wheel untuk carian seperti Amazon, ataupun Apple.


Susun Emel Mengikut Alamat Pada GMail
Chrome Experiments : Gabungan JavaScript dan Chrome
Carian Masa-Nyata Di Google
Chrome 9 Beta Di Lancarkan
#Tips : Buat Salinan Data Dan Dokumen Anda Di Google Melalui Takeout

4 Komen

  1. abdusfauzi pada 13 May 2009

    ouh. td dah perasan. igtkan dah lama ada. rupenya agak baru. LOL. kantoi, lama sangat x gune google. :P

  2. xflixz pada 14 May 2009

    wow…google ni buat aku teruja.haha..giler cool la.

  3. mohdisa pada 14 May 2009

    Google ni memang best, memudahkan pencarian serta tidak terlalu berat berbanding dgn search engine yang lain.

  4. alone pada 15 May 2009

    semakin lama semakin user friendly. cayalah!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader