Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bagi yang mengikuti berita teknologi beberapa hari ini, mungkin akan perasan akan penjenamaan semula Live Search kepada Bing (dahulunya menggunakan nama kod Kumo). Dan hari ini, laman Bing.com yang mana hanya memperlihatkan halaman kosong sebelum ini, kini sudah mula memperlihatkan mesej akan datang kepada umum.
Bing merupakan salah satu usaha daripada Microsoft untuk mendapatkan tempat dihati pengguna sebagai sebuah enjin carian. Malah lebih daripada itu, Microsoft menggunakan perkataan “Decision Engine” (enjin keputusan), dan ianya merupakan evolusi daripada enjin carian Microsoft sedia ada, iaitu Live Search.
Bing juga bukan hanya evolusi enjin carian daripada Microsoft, tetapi juga digunakan untuk mengukuhkan jenama enjin cariannya di mata pengguna. Sebelum ini, Microsoft mengatakan Live Search gagal mendapat tempat kerana kekurangan promosi dan penjenamaan yang kurang kukuh. Untuk mengatasi perkara ini, Microsoft menyediakan lebih kurang $100 juta untuk tujuan promosi sahaja.
Jadi, apa kata anda?
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hehe..
mintak2 Bing ni nnt x jadi mcm Cuil..
amik 100% apa yg ada kat google search.. pastu cedok skit dari yahoo search…. baru orang nak guna.. hooho!!
Aku akan buat satu review khas pasal Bing.com beserta perbandingan dengan Google.com (aku tak rasa Yahoo! perlu dibandingkan, sebab Google adalah petanda aras paling sesuai).
InsyaAllah dalam masa terdekat (lepas launch panduan SEO Advance WordPress), aku cerita pasal Bing.com ni. Memang sangat-sangat menarik sebenarnya.
ni crazy frog nye lagu nih bing bing huhuhu