21May

Microsoft China Memperlihatkan Logo Baru Windows 7

Microsoft

Dengan Windows 7 menghampiri fasa terakhir, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah logo Windows 7 kelak pada versi akhir nanti. Bagi menjawab persoalan tersebut, ianya mungkin lebih kurang dengan apa yang diperlihatkan oleh Microsoft China pada laman webnya.

Microsoft China sudah mula menayangkan Windows 7 dengan memperlihatkan logo baru pada halaman utama mereka, selain pada halaman muat-turun Windows 7 RC. Mungkin ianya merupakan logo akhir Windows 7 yang bakal digunapakai pada versi akhir nanti kelak, atau mungkin juga tidak.

Sampul DVD Windows 7 RC
Sampul DVD Windows 7 RC Dengan Logo Baru [via]

DVD Windows 7 RC
DVD Windows 7 RC Dengan Logo Baru [via]

Selain pada laman web Microsoft China, beberapa barangan promosi Windows 7 juga mengguna pakai logo terbaru ini, termasuk pada sampul DVD, banner dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft sendiri.


Live Search Video Menerima Impak Wave 3
Video Windows 8 Build 7955 Mula Kelihatan
Pembangunan Windows Phone Tango Telah Pun Dimulakan
Integrasi Windows Phone Dan Xbox Melalui Penggunaan Kod QR Diperlihatkan
Microsoft Memperkenalkan Halaman Rasmi Baru Skype

7 Komen

  1. mohdisa pada 21 May 2009

    wah…kemas la…caree…

  2. Lanun pada 24 May 2009

    logo x penting.yg penting dlmnya tu..dan lbh penting aku dpt free..

  3. j_hafiz pada 25 May 2009

    simple… yg penting hrpnye lbuh compatible… {free pon pting gak.he3}

  4. e-eky pada 26 May 2009

    in my opinion la, microsoft tk penah release windows 7 selain version beta..ni bukan official…kita sendiri pun tau kan yg China ni mmg pakar dlm cetak rompak..apple pon ada version china..hah..so, tpulang kat kat korg sama ada nk caye tk..

    oh ya..visit my blog k.. :-)

    • aMaNz pada 26 May 2009

      Microsoft dah pun release Windows 7 RC pada awal bulan Mei 09.

    • vidic pada 30 May 2009

      e-eky..
      ko ni betul ke celik IT ha??
      cam nak tergelak pon ada baca statement ko ni.
      sound like ko yakin gila windows xkuarkan wins7 selain beta.

      kommonn,
      be updated la bro!
      cek website microsoft for more details.

  5. Roslan pada 26 May 2009

    dah pakai..compatible..best2!! direct X 11 lak tu kepada gamers2 ni..


Tinggalkan Komen Anda