Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama membangunkan Windows 7, hari ini Microsoft telah mengesahkan yang mana Windows 7 bakal dilepaskan pada tahun ini juga – 2009. Ianya dijangka berada di pasaran pada musim cuti, iaitu mungkin pada bulan November atau Disember.
Pada 5 Mei yang lepas, Microsoft telah pun melepaskan Windows 7 RC kepada orang ramai untuk dicuba yang mana boleh digunakan selama hampir setahun. Selepas RC, fasa seterusnya adalah RTM (Release To Manufacturer). Tarikh akhir untuk RTM masih belum diketahui, namun ianya mungkin dalam beberapa bulan yang terdekat ini.
Melalui percubaan yang diberikan secara percuma, Microsoft berharap para pengguna dapat menyesuaikan diri dengan antaramuka sistem operasinya yang baru, selain mendapatkan maklumbalas daripada komuniti supaya permasalahan dalaman sistem operasi tersebut dapat dikenal pasti lebih cepat dan diselesaikan dengan kadar yang pantas.
Kredit : CNET
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
x sabar nak gune… hi hi..
lom ada chance guna vista, dah kuar se7en.
takpe..stay ngan jaunty..
Vista tu, OS yg FAIL.. hehe
lepas win 7 ni klua, makin lenyaplah vista.. hahaha
oh…ianya akan keluar dalam masa yang sama microsoft office. tak sabar nak tunggu : )
aku vista pun tak abis explore lag, ni dah kuar win7 plak. huh, tak terkejar aku ni.