21May

Mozilla Labs Memperkenalkan Jetpack. Add-On 2.0?

Perisian, Sumber Terbuka

Mozilla JetPackRamai yang membangunkan web di alam maya ini, tetapi bukan semuanya mempunyai pengetahuan berkenaan dengan JavaScript, XML dan sebagainya. Atas dasar ini, Mozilla hari ini memperkenalkan Jetpack, yang mana membolehkan sesiapa pun boleh membangunkan addon untuk Firefox.

Jetpack, yang mana masih dalam fasa pembangunan membolehkan sesiapa pun boleh membangunkan addon untuk Firefox dengan penggunaan HTML dan sedikit CSS. Malah, ianya turut menyokong Javascript, tetapi bukan suatu keperluan.

Selain itu, Jetpack juga membawakan fungsi untuk menggunakan sesuatu addon tanpa keperluan untuk memulakan semula (restart) pelayar web Firefox anda seperti sebelumnya. Sebelum ini, anda perlu memulakan semula pelayar web Firefox sebaik sahaja selesai memasang sesuatu addon yang baru.

Jetpack masih lagi dalam fasa pembangunan, yang mana ianya mungkin terdapat pelbagai masalah yang masih belum dikenal pasti lagi. Walauapapun, saksikan video berikut, dan lihat apa yang boleh dilakukan oleh Jetpack.


Mozilla Thunderbird 3 Di Lepaskan
Nokia Akan Menyokong Symbian Sekurang-Kurangnya Sehingga 2016
Platform Mudah-Alih Baru - Aliyun Akan Menyokong Penuh Aplikasi Android
Nokia Memperkenalkan Kemaskini Perisian Untuk Kamera N8
Adobe Mengambil-Alih PhoneGap Dan Juga TypeKit

3 Komen

  1. blinkky pada 21 May 2009

    Baguslah kalau macam ni. Tak lama lagi lebih banyak add-on dapat dibangunkan =)

  2. haritz pada 22 May 2009

    add ni kadang baik kadang menyusahkan. Walauapapun bergantung kepada pengguna itu sendiri.

  3. ohmelayu pada 27 May 2009

    not bad. Tapi harap tak terlalu membuatkan aku rasa sengal..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader