28May

Muat-Turun Dan Uji Chrome 3.0 Sekarang

Google, Perisian

Baru sahaja beberapa hari yang lepas, Google melepaskan Chrome 2.0 untuk para pengguna biasa, dan kini Google telah melepaskan Chrome 3.0 untuk diuji terlebih dahulu oleh para pembangun. Anda boleh mendapatkannya melalui saluran khas untuk pembangun.

Melalui Chrome 3.0.182.2 yang baru dilepaskan, beberapa perkara baru turut diperkenalkan sekali, seperti fungsi video tag, pemeriksaan ejaan (auto-spell-correct), dan menyelesaikan beberapa masalah yang telah dikenal pasti pada versi-versi sebelum ini.

Chrome 3.0 juga menggunakan beberapa teknologi pelayar web terkini seperti WebKit 531.0, enjin JavaScript V8 versi 1.2.5.1 dan Gears versi 0.5.21.0. Walaubagaimanapun, antara masalah yang dikenal pasti melalui versi pembangunan Chrome 3.0 adalah seperti saiz tulisan yang kecil selain masalah dihadapi ketika melayari khidmat emel dari Yahoo!.

Setelah hanya lebih kurang lapan bulan, Google telah memperkenalkan Chrome dari versi 1.0 kepada verso 3.0 dengan agak pantas sekali, sedangkan Mozilla masih lagi sedang membangunkan Firefox 3.5 sejak melepaskan Firefox 3.0 tahun lepas, manakala Microsoft baru sahaja melepaskan Internet Explorer 8 pada bulan Mac, selepas melepaskan Internet Explorer 7 pada akhir tahun 2006.

Anda boleh mencuba Google Chrome 3.0 dengan melanggan kepada saluran pembangun dengan mudah.


Android 1.5 Bakal Memperkenalkan Penggunaan API
Adakah Google Ingin Membunuh Enjin IE?
IE9 Preview 2 Di Lepaskan Microsoft
UberSocial Bakal Membawakan Sokongan Integrasi BBM
Permainan Berasaskan Google Maps Bakal Diperkenalkan Pada Google+

7 Komen

  1. KNizam pada 28 May 2009

    aku belum puas guna sepenuhnya chrome dah keluar version baru ek. hehe :)

  2. Junaidix pada 28 May 2009

    macam racing kereta la pulak..

  3. blowie pada 28 May 2009

    hahahaa,chrome ni lagi laju ke surf speed dia?

  4. hydir pada 29 May 2009

    tunggu yg official launch utk pengguna biasa
    anyway .. Chrome mmg sempoi ..
    sesuai utk pengguna GPRS, Edge
    kalo 3G dan HSDPA lagi mantop!

  5. Anarm pada 29 May 2009

    chrome browser kedua dlm hati aku..
    pertama still lg musang berapi..
    nk try cuba test chrome 3.0 plak..
    2.0 cukup puas hati.. 3.0 xtau lg cmne..

  6. BERT972 pada 31 May 2009

    infonya,betul betul uftodate….

  7. Khai pada 31 May 2009

    chrome dan support add-on lom? byk add-on yg wajib ada kat firefox.. selagi google lom adakan semua tu, x mungkin ntuk aku berubah… haha!


Tinggalkan Komen Anda