15May

Muktamar Pas Ke-55 Secara Langsung Di Web

Lain-lain, Web 2.0

Oleh kerana tidak mendapat liputan yang sama adil di stesen televisyen tempatan yang sedia ada, PAS semalam telah melancarkan laman web rasmi untuk muktamarnya yang ke-55 bagi membolehkan orang ramai mengikuti pelbagai ucapan dan perbahasan dengan lebih telus lagi, dan menariknya secara langsung melalui web.

Muktammar Pas Ke-55
Antaramuka Laman Muktammar PAS

Melalui laman khas yang diperkenalkan, iaitu Muktamar 55, ianya bakal memuatkan beberapa bahan berita dan video, selain membolehkan orang ramai mengikuti persidangan empat hari PAS secara langsung dengan lebih mudah lagi. Ke semua ucapan dasar, perbahasan dan sebagainya bakal di sajikan kepada orang ramai secara telus dan terbuka melalui laman tersebut.

Ruangan yang terbatas dalam beberapa media utama tanah air menjadikan beberapa parti pembangkang terpaksa menggunakan teknologi internet sebaiknya untuk menyampaikan ucapan dasar mereka kepada orang ramai. Penggunaan internet dan laman web telah banyak berubah sejak pilihan raya baru-baru ini, yang mana memperlihatkan kebanyakkan ADUN kini memiliki laman web peribadi ataupun blog mereka yang tersendiri.

Kredit : MalaysiaKini


Koleksi Tema InfoMalaya Kini di Google Code
Facebook Mengambil-Alih Snaptu
Twitter Menguji Rekabentuk Halaman Utama Yang Baru
RakanSukan - Projek Dana Belia 1Malaysia Bakal Dilancarkan Oktober Ini
Catcha Media Mengambil-Alih Pegangan Sebanyak 50% Pada Carlist.my

4 Komen

  1. fareast pada 15 May 2009

    Mungkin tiada pilihan, terpaksalah mereka menggunakan media alternatif untuk memberitahu kepada rakyat apa yang mereka bincangkan.

    Nice artikel.

  2. Junaidix pada 16 May 2009

    live streaming? wooo..

  3. adi pada 16 May 2009

    PAS mempunyai kepakaran dalam bidang IT mendahului parti-parti lain.. kebanyakan pakar-pakar nih, diaorang buat kerja sukarela, kalau bayar pun skit skit ajer..

  4. j_hafiz pada 25 May 2009

    sokong ape yg adi cakap tu.kebanyakan nye mmg x mgharapkan komisen,ikhlas. dah maklumkan klau parti PAS ni cmne, tak berduit. 2la penting tarbiah nye. bab IT, teknologi PAS pon xktggalan. syabas…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader