12May

Nuffnang Memperkenalkan Widget XChange

Lain-lain, Web 2.0

Setelah memperkenalkan Innit dan SmartPoll sebelum ini, semalam Nuffnang telah melancarkan Nuffnang XChange, iaitu salah satu widget yang mana memperlihatkan artikel-artikel terbaru daripada laman-laman pengguna Nuffnang dan juga dari laman Innit itu sendiri.

Nuffnang XChange
Contoh Pemakaian Widget Nuffnang di Chokilala [via]

Widget Nuffnang XChange ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu, bahagian RSS, bahagian Innit dan bahagian Status. Di bahagian RSS, ianya bakal memperlihatkan senarai artikel terbaru daripada laman ahli-ahli Nuffnang, manakala di bahagian Innit, ianya memperlihatkan kemaskini daripada blog aggregator milik Nuffnang, iaitu Innit. Di bahagian Status pula, ianya membolehkan anda meninggalkan mesej kepada para pembaca, yang mana anda boleh kemaskininya melalui halaman XChange.

Selain daripada itu, Nuffnang juga memasukkan iklaneka pada widget tersebut, yang mana membolehkan para penggunanya mendapat pendapatan tambahan melaluinya. Buat masa ini, XChange hanya boleh diakses oleh para pengguna yang berstatus Glitterati sahaja.

Kredit : Topo


FaceFood - Rangkaian Sosial Untuk Pencinta Makanan
Facebook Kini Membolehkan Tag Nama Pada Komen
Opera Memperkenalkan Perkhidmatan Emel
Facebook Memperkenalkan Sokongan Sembang Berkumpulan
Ulasan Ringkas Laman Sosial Baru - DrBook.biz

2 Komen

  1. ohmelayu | Melayu Boleh pada 13 May 2009

    em. not bad. Leh la letak pasnih..

  2. mohdisa pada 14 May 2009

    aku tak letak lagi, takut berat plak page aku. tapi apa-apa pun memang menarik untuk menarik pembaca ke blog kita.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader