Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Baru sahaja beberapa hari yang lepas Microsoft mengumumkan yang mana Office 2010 Technical Preview akan dilepaskan pada bulan Julai kelak. Namun begitu, sudah pun terdapat beberapa orang yang kini sudah dapat akses kepadanya, tanpa perlu menunggu lagi.

Antaramuka Word 2010 [via]
Walaubagaimanapun, selain daripada paparan antaramuka, tiada sebarang data dan penerangan yang diketahui buat masa ini. Oleh kerana ramai yang ternanti-nanti akan sistem operasi daripada Microsoft, iaitu Windows 7, Microsoft Office 2010 tidak begitu mendapat perhatian daripada para pengguna. Adakah ini salah satu cara promosi daripada Microsoft?
Oleh kerana versi yang bocor di internet ini bukanlah versi penuh, kelihatan seperti Microsoft tidak begitu ambil berat sangat hal ini. Lagipun, mereka mendapat faedah daripadanya, kerana para pengguna yang mencuba aplikasi itu terlebih dahulu sudah menjadi para penguji untuk pihak Microsoft secara percuma.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Dan bertambahlah fungsi-fungsi yang tak diperlukan pun..
Jangan tambah lagi file extension sudah..
mmg best office 2010 ni..aku dah try yg technical preview.laju.senang.
Mana nak download office 2010 free?
lebih kurg je yg 2007 je..
interface cam simple skit dr 2007
2007 ada logo blink2 gtu
ahahaaa!
office 2010 ni mkn bnyk ram…lebih kurang 512mb