06May

Pelancaran Need For Speed Shift Di Tangguhkan

e-Permainan

Semua pemain game genre lumba kereta mungkin sudah kenali francais permainan Need For Speed. Tahun ini dijangkakan, mereka bakal melepaskan 4 tajuk baru dalam francais Need For Speed iaitu Shift, Nitro, World Online dan satu lagi yang masih dirahsiakan.

Need For Speed Shift
Antaramuka Permainan Shift [via]

Sekiranya sebelum ini, Need For Speed Shift dikatakan bakal dilepaskan pada 17 September, kini mereka telah menangguhkannya kepada 24 September. Masih tiada berita berkaitan dengan penangguhan ini. Mungkin EA Games ingin memberikan permainan yang berprestasi tinggi dan tidak mengecewakan para pemainnya.

Need For Speed Shift bakal memperkenalkan perlumbaan kereta secara halal, dimana pemain boleh merasa simulasi dan perasaan perlumbaan di trek yang sebenar. Sebelum ini, mereka pernah mencuba kaedah yang sama melalui Need For Speed ProStreet, namun menghadapi kegagalan. Mungkin Need For Speed Shift bakal membawakan perubahan yang drastik, dan memenangi kembali hati para pemainnya.


PaulTan.org Mengungguli Laman Permotoran Tempatan
Permainan CIMB Octo Explorer Dilancarkan Untuk Android Dan iOS
Eksklusif : Les Copaque Sedang Membangunkan Dua Permainan Desktop Upin Dan Ipin
Ulasan Permainan Harvest Moon: The Tale of Two Towns
Valve Memperkenalkan Aplikasi Steam Mobile Untuk Android Dan iOS

11 Komen

  1. alone pada 06 May 2009

    fuh. xsabar nak main!

  2. aiereast pada 07 May 2009

    wah….mengujakan, tapi lambat lagi nak tunggu. apapun, game nfs memang best!!

  3. N81blogger pada 08 May 2009

    Banyak gile sekali release.

  4. Nazif Macho pada 13 May 2009

    NFS nak revive blk sebab kurang dapat sambutan..
    Asik tema sama je..Bosan la..
    Hopefully this NFS revamp will not disappoint..
    Cheers

  5. Free Ultimate Download pada 28 May 2009

    WoW..! Good Resolution..! High Definition Game Racing..! I want to buy……………….. hahaha

  6. En. Bilik Sebelah pada 02 Aug 2009

    Pergh… Kene cari pirate edition la pasni… huhu..

  7. زاينييلينا pada 20 Aug 2009

    ساي ڤن x سابر نق توڠڬو يڠ تربارو .اونديرچوۏير اوق .ساي ماين xدي اڤي٢ ماسله ڤن .سوده هابيس ڤن .کونسيڤ مستي سنتياسا بروباه .ننتي بوات يڠ سام اورڬ بوريڠ .

  8. gman pada 21 Aug 2009

    gua tungguuuuuuuuuuuuuu.

  9. Amirez pada 25 Aug 2009

    nampak mcm best.
    tak sabar nak main.
    nfs prostreet sangat2 mengecewakan.
    grafik pun ntahapahapa huhu

  10. sairilsyam pada 01 Sep 2009

    need for speed undercover & prostreet tak khatam lagi! dah kuar yg baru..bilerlah nak abis main..

  11. Adney pada 09 Nov 2009

    aku x main game..


Tinggalkan Komen Anda