Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Perkara yang paling diminati pada pelayar web Google Chrome adalah kepantasan dan betapa mudahnya untuk menggunakan pelayar web tersebut. Kini, melalui kemaskini versi stabil terbaru, Google memperlihatkan pelayar webnya lebih 30% laju berbanding sebelumnya.
Selain daripada itu, beberapa fungsi yang diperkenalkan pada versi pembangun juga turut diintegrasikan pada versi stabil terbaru ini. Google Chrome 2.0 ini membawa pelbagai fungsi termasuk fungsi auto-fill borang, fungsi paparan skrin penuh (full-screen), selain peningkatan kestabilan dan kelajuan pelayar web itu sendiri.

Kadar Kelajuan Membuka Laman Web Yang Makin Meningkat
Selain itu, Chrome 2.0 juga membawakan peningkatan kawalan pengguna pada halaman tab baru. Kini, anda boleh membuang thumbnail laman-laman yang anda lawati dengan mudah.
Ianya sudah 8 bulan sejak Chrome dilancarkan, dan ianya memperlihatkan peningkatan setiap hari. Malah kadar penggunaannya juga meningkat dengan drastik sekali. Sekiranya anda menggunakan pelayar web Chrome, anda boleh kemaskini ke versi terkini dan menikmati segala ciri-ciri baru yang disertakan sekali.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bagaimana pula dengan penggunaan memori?
saya dah try, memang laju dari yg sebelumnya, baru best, dulu tak suka chrome skarang saya sukakannya!
chrome is the bset
wah, mcm best je bila baca komen ni. nak try la.
hey isa ko kat sini pon ada tere ah ko isa.. x masuk olahraga masum ke?
Chrome is the future
harap FF bleh kejar
hehe..aku baru jek format PC…nnt aku install semula chrome nie
eik… takkan FF kalah ngn google kut? apepon FF ttp the best, byk addon, tp bl dgr bab speed ni,klo FF ktggalan, nk kne install chrome gak nmpknye
aah. aku perasan laju sket. Tapi aku masih setia dengan mozilla. Haha..
aku sedang menggunakan google chrome skg ni. memang menakjubkan. simple, memenuhi kehendak aku. Bestnya Google.