28May

Pengintegrasian Voize.my Di Laman MalaysiaKini

Web 2.0

Sekiranya anda ada memasuki laman MalaysiaKini dari semalam, mungkin ada yang terperasan integrasi laman Voize.my dalam bentuk iFrame pada bahagian bawah laman MalaysiaKini. Ianya masih tidak diketahui tujuan utama pengintegrasian tersebut, tetapi, berkemungkinan besar, tiada kaitan dengan pengenalan rekabentuk baru untuk MalaysiaKini.

Voize Di Laman MalaysiaKini
Kedudukan Halaman Voize.my Di Penghujung Laman MalaysiaKini

Bagi yang tidak mengenal laman Voize.my, ianya merupakan salah satu laamn yang memfokuskan cara hidup dan hiburan, dan ditujukan khas untuk para pembaca remaja dan orang muda. Ianya dikuasakan oleh WordPress, dan baru-baru ini, iaitu pada bulan April 2009, pihak pembangunnya telah memperkenalkan rekabentuk baru yang lebih memudahkan pembacaan.

Pengintegrasian yang dilakukan pada halaman MalaysiaKini adalah hanya versi minimal dan bukannya versi penuh halaman Voize.my. Selain itu, halaman Vozie.my hanya kelihatan pada halaman utama MalaysiaKini berbahasa Inggeris, dan tidak kelihatan dihalaman-halaman lain.


Things@Kureno : Aplikasi Mini Menarik Untuk Anda
MySpace Bermasalah? Mungkin Akan Ditutup?
1Malaysia.com Memperkenalkan Ruangan Sembang Maya
Facebook Untuk iPad Dilancarkan Secara Rasminya
Pendaftaran Faces.my Beta Dibuka - Dapatkan Akaun Profil Anda Sekarang

2 Komen

  1. IcedNyior pada 01 Jun 2009

    Voize.my sebenarnya di bawah naungan MalaysiaKini :)

  2. lut pada 03 Jun 2009

    ermm..baru aku tau pasal ni…(^^,)


Tinggalkan Komen Anda