23May

Perlihatkan Data Analytics Anda Kepada Umum

Google

Hampir kebanyakkan orang menggunakan Google Analytics untuk mengukur statistik sesuatu laman web atau blog. Menariknya, kini anda boleh menjadikan data Google Analytics anda boleh dilihat oleh orang awam, dan bukannya seperti dahulu lagi.

Sebelum ini, ramai yang hanya akan kongsi akan data-data daripada AWStat dari CPanel untuk tontonan umum. Walaubagaimanapun, data daripada AWStat tidak setepat Google Analytics. Malah, kebanyakkan pengiklan dan syarikat besar yang ingin meletakkan iklan di sesuatu laman web atau blog lebih akan yakin sekiranya anda memperlihatkan data Google Analytics anda.

Google Analytics
Contoh Counter Google Analytics

Sekiranya anda menggunakan WordPress untuk menulis blog, anda boleh memuat-turun plugin khas yang mana boleh memperlihatkan data Google Analytics anda sama seperti apa yang diperlihatkan oleh Feedburner sebelum ini. Selain itu, sekiranya anda merupakan seorang pembangun, mungkin anda boleh melihat API Google Analytics, dan membangunkan sesuatu dengannya.


Bing Bakal Membawakan Carian Twitter dan Facebook
Chrome 9 Beta Di Lancarkan
Rangkaian DiGi Bakal Menyokong LTE Menjelang Penghujung 2012
#Tips : Buat Salinan Data Dan Dokumen Anda Di Google Melalui Takeout
Solve For X - Adakah Jawapan Kepada Google X Yang Dinantikan Selama Ini?

16 Komen

  1. Kreuger pada 23 May 2009

    bro thanks pasal info ni.
    aku dah letak script analytic kat blog,
    tapi masalahnye tiap kali nak check
    statistik mesti nak login.. malas betoi..
    kire skang ni senang dah ar..

    TQ TQ~

  2. mohdisa pada 23 May 2009

    Aku tak register lagi Google Analytic ni lagi. Macam tak berapa pandai plak. Sapa2 boleh ajarkan.

  3. scerdboy pada 24 May 2009

    hahahha

  4. KampungBoy pada 24 May 2009

    Ya…plugin ini penting
    tuk kita bwat research
    ttg targe customer n trafik kita

  5. mohdisa pada 24 May 2009

    sesiapa boleh ajar aku pasal analytic ni tak?

    • Active Blogger pada 24 May 2009

      register je bro…pastu godek2 la sikit….kalau guna wordpress boleh dload plugin khas dia…jadi senang sikit tak payah nak edit theme….kalau guna blogspot…copy paste jek kat add widget tu

      • mohdisa pada 27 May 2009

        oic, skg aku guna blogspot. nnt aku dah guna wordpress blh la aku cuba plugin plak. haha

  6. Adam pada 25 May 2009

    Terima kasih aman untuk info berguna ini ;)

  7. j_hafiz pada 25 May 2009

    huh,mnarik nih… xsabar nk test

  8. Hazwan pada 25 May 2009

    Amanz datang lagi dengan updatenya
    yang ada umphh :)

  9. Dota pada 26 May 2009

    Sebenarnya AWStat lebih tepat memperlihatkan data kerana ia adalah pelayan aplikasi statistik yang unik… yang mana Google Analytics pula hanya memperlihatkan data bergantung kepada maklumat pelawat yang dihantar contohnya melalui javascript. Bayangkan pelawat mematikan fungsi javascript pada browser, atau menghalang access javascript pada Google Analytics. ;)

    • MK pada 28 May 2009

      Sokong. Sebab skrip Analytics biasanya aku letak kat dalam theme file atau widget, jadi bila tukar theme, Analytic akan hilang sekejap.

      Kalau guna Awstat, takyah risau nak masukkan JS tu secara manual. Cuma, statistik Analytic lebih chantek dan meyakinkan.

  10. rohaizad pada 26 May 2009

    Aman, thanks for the info. Sekarang senang sikit nak check dan comparekan stats Google Analytics dan Sitemeter.com.

    Ingatkan ada perbezaan di antara keduanya, tapi datanya sama dan accurate. So berbaloilah menggunakan Sitemeter.com sebab Google Analytics pun memberikan data yang sama.

  11. BAGAK pada 08 Jun 2009

    good info

    kena cuba kejap lagi

  12. SyamZone™ pada 07 Jul 2009

    Info yang bagus…

  13. Adney pada 15 Nov 2009

    coooll


Tinggalkan Komen Anda