• Prism Membawakan Aplikasi Web Ke Desktop

    Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan Mozilla Prism, yang mana dimulakan lebih kurang satu setengah tahun yang lalu. Melalui Prism, anda boleh menjadikan aplikasi web berada di desktop seperti aplikasi desktop yang lain. Kini, Mozilla Prism sudah pun menjejaki versi 1.0.

    Mozilla Prism
    Mozilla Prism Dan Compiz Pada Ubuntu [via]

    Mozilla Prism 1.0 membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan ikon di tray dan sokongan notifikasi. Versi terkini ini juga membolehkan anda membuat tetapan berdasarkan aplikasi pilihan, seperti tetapan proxy dan juga bentuk dan saiz tulisan.

    Menariknya, anda juga boleh menetapkan supaya aplikasi web anda dijalankan serta-merta apabila komputer anda dimulakan. Sebagai contoh, mungkin anda ingin melihat terus akaun GMail atau Facebook anda sebaik sahaja komputer anda dimulakan, dan perkara ini boleh dijadikan kenyataan dengan Mozilla Prism.

    Untuk dapat menggunakan Mozilla Prism, dan meletakkan aplikasi web kegemaran anda di desktop, anda perlukan addon Firefox ataupun aplikasi Prism, yang mana anda boleh memuat-turun kedua-duanya dengan mudah dari web khas Mozilla Prism.

2 Komen

  1. AmirulFaisyal on 09 May 2009

    Wow, berita sangat bagus untuk pengguna netbook! Dan bila open source apps macam Google Docs ni dah boleh di-desktop-kan, Microsoft dah boleh berkira-kira untuk diucap selamat tinggal, hoho.

  2. mohdisa on 14 May 2009

    bagus sekali ni, tapi aku masih berusaha untuk mempelajari ilmu Open Source ni.


Tinggalkan Komen Anda