• Re.Views – Web Ulasan Pertama Tempatan

    Pernahkah anda terdengar akan laman Re.Views? Ianya merupakan salah satu laman yang menyediakan ulasan berkaitan pelbagai perkara, dan mempermudahkan para pengguna membuat pilihan, dan menyuarakan pendapat mereka, sama seperti laman Yelp, Epinions dan sebagainya.

    Re.Views
    Antaramuka Laman Re.Views

    Menariknya, laman Re.Views adalah laman yang dikhaskan untuk para pengguna tempatan, dimana pelbagai produk-produk tempatan sudah pun terdapat ulasan ringkasnya pada laman tersebut. Anda juga boleh menambah sebarang ulasan, atau tinggalkan sebarang komen terhadap sebarang produk atau perkhidmatan pilihan anda, sekaligus mempermudahkan pengguna lain membuat pilihan.

    Re.Views - Carian
    Fungsi Carian Yang Menarik

    Sekiranya anda merupakan pemilik perniagaan, anda boleh menyenaraikan perkhidmatan atau produk anda dalam laman ini secara percuma. Menariknya, sekiranya ia sudah tersenarai, anda boleh mengambil hak (claim) perniagaan anda, ataupun mendapatkan sebuah banner khas untuk laman anda.

    Re.Views - Claim
    Fungsi Khas Untuk Pemilik Perniagaan

    Jadi, apa pendapat anda mengenai laman ulasan tempatan ini?

10 Komen

  1. baloot on 17 May 2009

    hmmm.. review eh?
    aku sekarang wat pertandingan review utk produk pertama aku, pakejdvd raja grafik malaya…

    hadiah wang tunai RM100 dan 6 dvd percuma utk setiap pemenang. ada 6org pemenang.. hehe..

    aku ada postkan pasal pertandingan tu kat forum WC..

    kalau amanz berminat, leh la masuk.. hehe..

    • Melayu Boleh on 20 May 2009

      err..re.views tu free ke atau kene bayar kalau letak produk review?

  2. emptyspace on 17 May 2009

    menarik web ni.. walopun hanya memakai joomla

    • baloot on 18 May 2009

      walaupun HANYA memakai joomla?
      hahaha

      bagi aku, web yang pakai Joomla ni memang canggih functionnya.
      boleh wat macam2..

      tak ramai yang tau pasal Joomla ni sebenarnya..
      aku tau jugak pasal Joomla, tapi tak la terer sangat.. cket2 je..
      tak boleh dikategori dalam PRO lagi.. huhu

  3. lazaac on 18 May 2009

    susah jgak bro nak wat web guna joomla!… joomla! ni complicated ckit.. xmcm wordpress mahupun blogspot… kira amanz ni hebat gak la… =)

  4. xflixz on 18 May 2009

    nice..gud job.sebenarnyer joomla ni mmg powerful kalau pandai customize..cume learning curve die je agak payah sikit..

    re.views.com.my ni dah lame dah ada.cuma diorg kurang promosi je kot..kalo die promo mcm 701panduan.com tu,mau kalah 701panduan.com tu.hehee..

    p/s: aidan technologies is developer die..budak MMU neh.hehe. =)

    • asx on 19 May 2009

      Yeah! totally agree mate =)

  5. Mohd Ismail on 19 May 2009

    sarah e-mail ko ye aman? :) aku xsempat nk tulis panjang2 pasal re.views ni.. heh..

    • aMaNz on 19 May 2009

      hehe…hang pun ada dapat yerk?


Tinggalkan Komen Anda