29May

Silverlight 3 Bakal Di Lepaskan Pada Bulan Julai 09

Microsoft

Penantian untuk versi Sliverlight seterusnya bakal berakhir, apabila Microsoft mengesahkan yang mana Silverlight 3 bakal dilepaskan pada 10 Julai 2009. Aplikasi pesaing terdekat Adobe Flash ini telah banyak menerima perubahan dalam tempoh kurang daripada setahun.

Youtube dan Silverlight
YouTube Turut Menyokong Silverlight [via]

Silverlight 2 dilepaskan oleh Microsoft pada Oktober tahun lepas, dan Silverlight 3 Beta diperlihatkan pada MIX09 bulan Mac 2009. Pada MIX09, pelbagai fungsi baru yang diintegrasikan pada Silverlight 3 diperlihatkan.

Antaranya ialah kebolehan untuk memainkan aplikasi Silverlight tanpa pelayar web, penambahbaikkan fungsi video, sokongan kualiti yang ditambah-baik, dan kebolehan untuk memainkan video secara langsung dengan kualiti HD dan banyak lagi.


Office Generasi Baru Turut Membawakan Sokongan Live Tiles
Tiada Menu Start Pada Windows 8?
MS-DOS Kini Menyambut Ulang-Tahun Ke-30
Penggunaan Enjin Bing Pada Yahoo! Kini Meliputi 17 Buah Negara
Microsoft Malaysia Menyambut Ulang-Tahun Ke-15 Hotmail

3 Komen

  1. Khai pada 31 May 2009

    ada satu web tu 100% silverlight.. sangat cool! ada direview di website silverlight hari tu.. sekarang x tahu la ada lagi ke tidak..

    Baguslah.. bila lagi flash nak ada pesaing..

  2. haritz pada 01 Jun 2009

    nampak berair jer web kalau pakai silverlight

  3. blowie pada 02 Jun 2009

    perghh,microsoft mula giat bersaing balik nampaknya


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader