20May

Terjemah Emel Dengan Mudah Di GMail

Google

Selepas memperkenalkan fungsi terjemahan pada Google Friend Connect, kini Google membawakan fungsi terjemahan pada GMail pula. Fungsi yang masih dalam GMail Labs ini membolehkan anda menterjemah sesuatu emel dengan hanya satu klik.

GMail
Kedudukan Tab Untuk Menterjemah Pada Emel GMail [via]

Selepas anda mengaktifkan fungsi terjemahan pada GMail Labs yang didapati dibawah menu Setting, anda seterusnya akan dihidangkan dengan sebuah pautan khas untuk menterjemah sesuatu mesej di bahagian atas setiap emel.

Sebagai tetapan asas, semua mesej akan diterjemah kepada Bahasa Inggeris, namun anda boleh mengubah tetapan ini dengan mudah. Walaubagaimanapun, seperti yang anda semua sedia maklum, terjemahan yang selalu dilakukan melalui laman-laman menterjemah selalunya teruk, dan menggunakan ayat yang tunggang-langgang, namun maksud akhirnya boleh difahami serba sedikit.


Google Knol Memperkenalkan Fungsi Audio
Google Memperkenalkan Adsense Untuk Permainan Dalam Talian
Hotmail Bakal Membawakan Pelbagai Perkara Baru
Google Memperkemaskini Fungsi Carian Imej Mereka
Google Menawarkan Bantuan Berkaitan Android Terus Melalui Google+ Hangout

4 Komen

  1. SuamiBahagia pada 20 May 2009

    hohohoh makin lama makin banyak gunction yg gmail ni perkenalkan.. memang mantap la ni.. hohoho

  2. haritz pada 20 May 2009

    aku belum jumpa yang terjemah cun, semua kelam kebut

  3. mohdisa pada 20 May 2009

    Menarik untuk dicuba. tapi ssh nak percaya. nnt ayat tungang langang. hehe

  4. Dr House pada 25 May 2009

    Memang tunggang tebalik kalau direct translate ni. Tapi boleh la kalau nak faham sikit2. Kalau nak cuba boleh buat translate bahasa inggeris kepada sepanyol. Lepas tu translate balik sepanyol tu ke inggeris. Dapat balik tak perkataan asal. Kalau setakat translate 2-3 patah mungkin dapat la.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader