26May

Tiada Lagi Kumo. Microsoft Bakal Gunakan Bing.com

Microsoft

Microsoft secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan nama Kumo untuk penjenamaan semula enjin carian Live Search milik mereka. Nama terbaru yang dikatakan bakal digunakan adalah “Bing”.

Untuk memperkenalkan jenama baru enjin cariannya, Microsoft bakal membelanjakan antara $80 hingga $100 juta untuk pengiklanan melalui TV, Radio, Internet, akhbar dan beberapa media yang lain. Ianya juga dikatakan, Microsoft tidak akan menyerang secara langsung dalam kempen iklannya kepada enjin carian sedia ada seperti Google dan Yahoo!. Sebaliknya, iklan enjin carian terbaru ini dikatakan bakal mengetengahkan konsep “Enjin Carian Masa Kini”.

Sebelum ini, Microsoft sering menyerang secara terus para pesaingnya melalui iklan, sebagai contoh, melalui kempen iklan menentang Mac OS X.

Buat masa ini, pasaran utama enjin carian dikuasai oleh Google, dan Microsoft berharap dapat memecahkan monopoli tersebut. Bing dikatakan bakal membawakan enjin carian yang pantas, selain menambah beberapa kategori yang memudahkan para pengguna mendapat hasil carian yang dicar-cari.

Sebelum ini, pada bulan Mac 2009, beberapa paparan antaramuka Kumo yang dikatakan enjin carian terbaru daripada Microsoft diperlihatkan kepada umum. Setelah ramai yang mengatakan mengenai penjenamaan semula enjin carian Live Search, Microsoft juga turut mengambil alih domain Bing.com pada bulan April.


Office 14 Kini Di Kenali Sebagai Office 2010
Office 2010 Mencapai Fasa RC
IE9 Mobile Beraksi Cemerlang, Menewaskan Pelayar Web Android Dan iOS
Ulasan Ringkas Pelayar Web Internet Explorer 9
Windows Update Pada Windows 8 Diberikan Nafas Baru

7 Komen

  1. blowie pada 26 May 2009

    microsoft,always suck. ahahahaha

  2. sankai pada 27 May 2009

    tidak sabar untuk mencuba bing….

    microsoft tak lah seteruk mana pun =)

  3. Adry pada 27 May 2009

    owh… Bing pulak da… huhu… macam mana la agaknya tu ya…

  4. haritz pada 27 May 2009

    microsoft penting untuk asas, kalu tak yang lain tak bergerak ler

  5. TMUkmkd pada 27 May 2009

    tak kisah la.. kang tak guna gak pun :P

  6. ohmelayu pada 27 May 2009

    hoho. dah lupa nama kumo dah..

  7. mohdisa pada 27 May 2009

    tapi nak merasa jugakan. haha


Tinggalkan Komen Anda